2 bos besar Bayern Munich, Hoeness dan Rummenigge mengutuk secara terbuka media di Jerman yang disifatkan biadap ke atas Bayern Munic.
Uli Hoeness dan Rummenigge berpedapat, media-media di Jerman sengaja melakukan serangan ke atas Bayern Munich kerana gagal menang dalam 4 perlawanan berturut-turut. Rummenigge berkata:
“FC Bayern sudah tidak boleh lagi menerima etika kewartawanan sebegini.”
“Jelas sekali kamu (media) sudah tidak ada maruah dan adab.”
Rummenigge menyindir beberapa orang bekas pemain Bayern Munich yang kini turut mengkritik kelab tersebut.
“Kamu bertindak seolah-olah tiada batasan, terutama sekali media, bahkan ‘golongan pakar’ yang pernah bermain di kelab ini.”
Beberapa penulis dan pundit mengkritik prestasi Bayern Munich terutama sekali Manuel Neuer yang bergelut dengan prestasi selepas kembali daripada kecederaan panjang.
Hoeness dan Rummenigge memberitahu yang Bayern Munich tak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan ke atas media di Jerman yang disifatkan mereka agak keterlaluan.
Bayern Munich tewas 2 perlawanan berturut-turut dalam Bundesliga di tangan Hertha Berlin dan Borussia Moenchengladbach.
Walaubagaimanapun mereka hanya 4 mata sahaja di belakang pendahulu, Borussia Dortmund. Jadi, Hoeness dan Rummenigge berpendapat yang kritikan ke atas Bayern Munich agak tidak berasas.
Bayern Munich antara kelab yang kerap dipuji media Jerman. Mana taknya, lihat sahaja dominasi mereka dalam Bundesliga. Rummenigge menambah lagi:
“Sudah tiba masanya untuk kelab terpenting di Jerman (Bayern Munich), kami tidak akan ternganggu dengan laporan berita tidak bertanggungjawab dan berunsur fitnah ini.”
Our press conference with Uli #Hoeneß, Karl-Heinz #Rummenigge and @Brazzo is now live on https://t.co/Qt3FmouxFi 🎙️#MiaSanMia pic.twitter.com/GhSPH3W9nF
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) October 19, 2018
“Kami akan melindungi para pemain kami, jurulatih dan juga kelab kami mulai hari ini.”
Uli Hoeness kemudiannya berkata:
“Kami tidak dapat menerima kebiadaban dan juga berita jelik seperti ini.”
“Kamu semua berterusan mempersoalkan kenapa kami jual Bernat. Adakah itu menjadi sebab utama kami kalah?”
“Cuba ingat kembali perlawanan menentang Sevilla, Bernat hampir membuatkan kami kalah dan tersingkir kerana kesilapan beliau.”
“Itulah hari di mana kami memutuskan untuk menjual beliau. Ini kerana kesilapan beliau memberikan risiko ke atas kempen UCL kami.”
Sementara itu Pengarah Sukan Bayern Munich, Hassan Salihadmizic menafikan yang Niko Kovac dalam risiko dipecat ketika ini.
Beliau menyatakan yang mereka masih berdiri teguh di belakang Niko Kovac.
Beliau juga menganggap wartawan telah bersikap biadap ke atas Niko Kovac apabila menulis laporan menyatakan Kovac kini berhadapan dengan tentangan beberapa pemain dan semakin hilang kawalan di bilik persalinan.
“Apa yang mereka lakukan adalah penghinaan ke atas Niko. Sepatutnya tiada isu untuk mempersoalkan apa yang Niko lakukan di sini.”
Koresponden ESPN pula menyatakan Hoeness dan Rummenigge terkedu ketika wartawan membangkitkan kebiadapan Uli Hoeness sebelum ini ke atas Ozil dan Bellarabi.
I applaud the colleague who just called Rummenigge and Hoeneß out for their own lack of respect toward Mesut Özil and Karim Bellarabi. Their faces did freeze fro a second there. #fcbpk
— Stefan Buczko (@StefanBuczko) October 19, 2018
Ramai peminat bola sepak menyatakan yang agak ironi kerana Hoeness sebelum ini main cakap lepas kepada pihak lain. Apabila kritikan ke arah beliau, dia memetik isu ‘respect’ dan adab serta etika.
Bayern Munich dianggap ‘media darling’ di Jerman kerana mereka seperti tiada kelemahan dan sangat dominan berbanding dengan kelab lain.
Mungkin sebab itu Uli Hoeness dan Rummenigge tak selesa dengan kritikan ke atas pasukan mereka.