Home United Mara Ke ASEAN Zonal Final Piala AFC, Tunggu Pemenang JDT vs Ceres Negros

Pasukan Singapura, Home United mara ke ASEAN Zonal Final Piala AFC selepas menumpaskan wakil Filipina, Global FC 3-2 (agregat 5-4) dalam perlawanan pusingan ke-2 ASEAN Zonal Semi Final yang menghiburkan di Stadium Jalan Besar semalam.

Penyerang kelahiran Croatia, Stipe Plazibat muncul wira Home United selepas menjaringkan 2 gol dalam masa 5 minit terakhir perlawanan.

Plazibat yang menjaringkan gol pada minit-minit terakhir untuk mengikat Global FC 2-2 di Stadium Bolasepak Rizal Memorial, Filipina pada perlawanan pusingan pertama – mengulangi aksi hero tersebut di Stadium Jalan Besar semalam.

Kredit: AFC

Ketika Global FC mendahului tuan rumah 2-1, Home United mula menggandakan asakan dan bermain dengan lebih direct. Perubahan taktikal pasukan Singapura ini berlaku selepas pemain Global FC, Dennis Villanueva diberi kad merah atas kesalahan kaki tinggi pada minit 71′.

Pada minit 89′, Plazibat memanfaatkan kelebihan fizikalnya yang tinggi untuk mencipta huru-hara dan seterusnya menjaringkan gol penyamaan.

4 minit kemudian ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, penjaring ke-2 terbanyak S.League musim 2017 ini mempamerkan kemahiran teknikalnya pula.

Berpunca daripada kekasaran pertahanan Global FC ke atasnya, Plazibat kemudiannya memanfaatkan sepakan percuma dari jarak 20 ela untuk menjaringkan gol kemenangan pasukannya.

Home United akan menanti pemenang satu lagi perlawanan pusingan ke-2 ASEAN Zonal Semi Final antara wakil tunggal Malaysia, JDT dengan satu lagi wakil Filipina, Ceres Negros.

JDT memegang pendahuluan yang tipis selepas menang 3-2 dalam perlawanan pusingan pertama ASEAN Zonal Semi Final di Larkin pada 17 Mei lepas.

Laluan JDT untuk ke final

Berbeza dengan format Piala AFC sebelum ini, JDT perlu melalui 3 lagi perlawanan timbal balik sebelum boleh melangkah ke perlawanan akhir.

Jika menang menentang Ceres Negros, JDT akan menentang Home United dalam aksi ASEAN Zonal Final.

Pemenang ASEAN Zonal Final akan mara pula ke ‘Inter-zone play-off semi-finals’ untuk menentang sama ada:

  • juara zon Asia Tengah (antara kelab Maldives, Maziya atau kelab India, Bengaluru)
  • juara zon Asia Timur (antara 2 kelab Korea Utara, 4.25 SC atau Kigwancha SC)
  • juara zon Asia Tengah (antara kelab Tajikistan, FC Istiklol atau kelab Turkmenistan, Altyn Asyr FC)

2 pemenang ‘Inter-zone play-off semi-finals’ ini akan berentap pula dalam ‘Inter-zone play-off final’.

Pemenang ‘Inter-zone play-off final’ akan melangkah ke final untuk bertemu dengan pemenang juara zon Asia Barat – antara kelab Iraq, Al-Quwa Al-Jawiya, kelab Syria, Al-Wahda dan kelab Jordan, Al-Wehdat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN