Holland, Netherlands dan Netherlands Antilles, Satu Penerangan Ringkas

Sempena perlawanan kalendar antarabangsa yang bakal berlangsung ini, marilah kita mengetahui terma dan nama sebenar sebuah negara yang sering menimbulkan kekeliruan. Tetapi dalam bahasa Inggeris bukan bahasa Melayu.

Beza Holland dengan Netherlands

Kedudukan North Holland dan South Holland. Sumber: https://www.expatica.com/nl/insider-views/What-is-the-difference-between-the-Netherlands-and-Holland_107926.html

Sebenarnya Holland nama dua wilayah di Belanda. Kedua-dua wilayah itu dikenali sebagai Noord-Holland dengan Zuid-Holland.

Ya, anda pasti boleh meneka dengan tepat. Noord-Holland dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai North Holland. Zuid-Holland dalam bahasa Inggeris ialah South Holland.

Wilayah ini menempatkan beberapa bandaraya terkemuka seperti Amsterdam, Rotterdam dan The Hague. Malah Zuid-Holland merupakan wilayah paling ramai penduduk di Belanda.

Namun, penggunaan Holland yang merujuk kepada Belanda sebenarnya tidak menyelesakan penduduk negara itu sendiri. Dalam kata lain, ia disalah tafsir.

Walhal, banyak lagi wilayah membentuk Belanda seperti Utrecht, Gronigen, Friesland. 12 wilayah membentuk Belanda.

Kingdom of Netherlands?

Struktur Kingdom of Netherlands.

Ia asing dan jarang didengari oleh kebanyakan daripada kita. Sebenarnya Kingdom of Netherlands dibentuk daripada 4 negara.

Tetapi apakah dan dimanakah negara-negara itu sebenarnya?

Salah satunya terletak di Eropah sendiri iaitu Belanda. Tetapi 3 lagi terletak di Carribean.

Negara tersebut ialah Aruba, Curacao dan Sint Maarten. Negara-negara ini bersifat autonomi dan masih di bawah Kingdom of Netherlands.

FIFA memberikan keahlian kepada Aruba dan Curacao, tetapi tidak kepada Sint Maarten. Namun begitu, ketiga-tiga negara tersebut merupakan ahli penuh CONCACAF.

Netherlands Antilles?

Bendera Netherlands Antilles.

Ia sebuah persekutuan khas di bawah pentadbiran Belanda untuk pulau-pulau di sekitar Carribean. Ia ditubuhkan pada 1954.

Asalnya ia mempunyai 6 pulau iaitu Aruba, Curacao, Bonaire, Sint Maarten, Sint Eustatius dan Saba. Tetapi, Aruba keluar dari persekutuan itu dan dinaikkan taraf menjadi negara bersifat autonomi.

Sayangnya pada 2010, persekutuan ini dibubar. Curacao dan Sint Maarten sahaja dinaik taraf menjadi negara bersifat autonomi seperti Aruba. Baki 3 pulau iaitu Bonaire, Sint Eustatius dan Saba dijadikan wilayah pentadbiran khas Belanda.

Tetapi, daripada tiga pulau ini, Bonaire sahaja menjadi ahli CONCACAF tetapi bukan FIFA. Sint Eustatius dan Saba pula tidak menjadi ahli untuk kedua-dua badan bola sepak itu.

Pasukan bola sepak Curacao. Sumber: https://alchetron.com/Cura%C3%A7ao-national-football-team-2309758-W

Curacao dipilih FIFA untuk menjadi ahli pengganti Netherlands Antilles berikutan pembubaran itu. Segala rekod Netherlands Antilles itu diwarisi oleh Curacao.

Mana-mana pemain senior yang sudah menerima panggilan antarabangsa daripada Aruba, Curacao atau Belanda tidak dibenarkan menukar status kelayakan pemain antarabangsa. Meskipun ketiga-tiga negara itu daripada induk yang sama iaitu Kingdom of Netherlands.

Sumber:

  1. Wikipedia (2017): Kingdom of the Netherlands, https://en.wikipedia.org/wiki/Kingdom_of_the_Netherlands
  2. Wikipedia (2017): Holland, https://en.wikipedia.org/wiki/Holland

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN