Hoki Ais Jadi Tarikan Baharu Di SSI Buat Para Pengunjung

Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sentiasa menjanjikan sebuah kelainan untuk menjadi antara paling terbaik di Malaysia atau rantau Asia menerusi perubahan positif dicipta saban tahun.

Terbaharu, Johor Southern Tigers (JST) mengumumkan mereka bakal mencipta perubahan baharu menerusi pembukaan JDT X-Skate, Ice Ring & Ice Hockey.

Laman rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT) tersebut dianggap telah mencipta daya tarikan baharu buat pengunjung selepas ini untuk mencuba aktiviti bermain hoki ais atau luncur ais selain menyaksikan perlawanan bola sepak pasukan berkenaan.

Menerusi perkongsian dibuat oleh JST, waktu operasi itu bermula daripada jam 12 tengahari sehingga 9 malam pada hari Isnin hingga Khamis. Untuk hari Jumaat hingga Ahad pula bermula pada pukul 11 pagi sehingga 9 malam.

Sementara pada hari perlawanan pula, aktiviti itu akan bermula pada jam 11 pagi sehingga 11 malam untuk para pengunjung merasai pengalaman hebat tersebut.

“Terdapat tarikan baharu untuk pengunjung di Stadium Sultan Ibrahim Johor Darul Ta’zim FC (JDT) memandangkan X-Skate, Gelanggang Ais & Hoki Ais JDT kini dibuka kepada orang ramai.

“Waktu operasi adalah dari 12 tengahari hingga 9 malam dari Isnin hingga Khamis, dan dari 11 pagi hingga 9 malam dari Jumaat hingga Ahad. Semasa hari perlawanan, ia dibuka dari 11 pagi hingga 11 malam.

“Jangan lepaskan peluang anda mencubanya apabila anda melawat Stadium Sultan Ibrahim. Luaskan Kuasamu Johor,” jelas laman berkenaan.

Selain aktiviti tersebut, SSI juga turut menawarkan pelbagai aktiviti lain buat pengunjung serta kemudahan restoran-restoran di sana untuk terus menjadikannya mesra kepada pengunjung.

Paling menarik, pastinya terarah kepada kedai cenderahati yang eksklusif buat pengunjung dalam dan luar negara iaitu JDT Direct Megastore yang turut menawarkan jersi Harimau Selatan.

Menerusi perubahan dan pembaharuan sentiasa dilakukan oleh pengurusan JDT, maka tidak hairan SSI akan terus mendapat tumpuan daripada para peminat sehingga ke pentas antarabangsa.

Malah, SSI juga sebelum ini pernah menempa kejayaan untuk merangkul gelaran World Stadium of the Year’ pada tahun 2020 sekali gus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Pandangan anda, adakah aktiviti baharu di stadium tersebut akan menarik lebih ramai pengunjung selepas ini untuk merasai pengalaman hebat seperti luncur ais itu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN