Hodgson Tembak Pengadil, Antara 5 Perkara Daripada Kemenangan Liverpool Menentang Crystal Palace

Liverpool memenangi perlawanan ke-2 mereka musim ini setelah menang ke atas Crystal Palace. Ini 5 perkara daripada perlawanan tersebut.

1. Sadio Mane dan Crystal Palace

Sadio Mane kini mencatatkan 6 gol dalam perlawanan menentang Palace. Angka yang dikongsi dengan Lukaku. Hanya Defoe lebih banyak gol liga ke atas Palace.

Menjadikan Crystal Palace sebagai pasukan yang beliau gemari untuk bertemu. Untuk Liverpool beliau sudah menjaringkan 3 gol daripada 3 perlawanan menentang Crystal Palace.

Mane kini menyumbang 30% daripada gol Liverpool setakat ini. Menjadi penjaring utama The Reds dalam 2 perlawanan pertama.

2. Hodgson kritik pengadilan

Roy Hodgson mengkritik pengadil ketika memberikan penalti kepada Liverpool. Chris Sutton dalam analisis beliau pula menyatakan ianya penalti tepat.

Milner menjaringkan penalti ke-13 daripada 15 percubaan beliau dalam EPL.

Dan jika EPL menggunakan VAR, mungkin Hodgson akan menerima keputusan yang sama di atas penalti itu.

Namun begitu, Roy Hodgson setuju Wan Bissaka melakukan kesalahan kad merah menjatuhkan Salah walaupun ia tak keras tetapi ianya dalam situasi pertahanan terakhir.

3. Kesilapan individu musnahkan Palace

Crystal Palace bermain sangat baik dalam perlawanan ini. Mereka tahu masa sesuai untuk menekan Liverpool di zon tinggi ataupun masa untuk menyerap asakan Liverpool di zon rendah.

Perlawanan seperti ini biasanya menjadi masalah Liverpool dalam beberapa musim ini, di mana The Reds kerap tewas ataupun hilang pendahuluan.

Namun Palace melakukan 2 kesilapan defensif yang terlalu besar kos untuk mereka bayar. Sakho menjatuhkan Salah untuk memberikan penalti.

Wan Bissaka yang cemerlang sepanjang perlawanan terpaksa melakukan bentesan membawa kad merah membuatkan Palace bermain 10 orang.

Wan Bissaka menjadi pemain termuda dalam EPL mendapat kad merah terus pada usia 20 tahun 264 hari.

Hogdson kemudian berkata:

“Lebih baik saya bercerita tentang aksi baik kami hari ini berbanding isu pengadil.”

Ya, memang Palace berhak mendapat kredit dalam perlawanan ini.

Kami jangkakan Palace akan menjadi pasukan yang menyukarkan pasukan besar lain pada musim ini.

4. Alisson dan Keita

2 pemain baru dalam pasukan Liverpool ini seperti sudah bersama The Reds beberapa musim.

Alisson sangat baik menjadi ball playing keeper. Beliau melakukan 3 aksi menyelamat. 2 daripadanya ‘big saves’. Jika tiada aksi saves itu, Liverpool boleh keciciran mata ataupun kalah perlawanan seperti ini.

Naby Keita berjaya memainkan peranan beliau dengan efektif sebagai ‘enforcer’ pasukan ini. Emre Can tidak dirindui peminat Liverpool buat masa ini.

5. Rekod tanpa kalah Crystal Palace berakhir

Rekod perlawanan tanpa kalah Crystal Palace dalam 7 perlawanan Liga akhirnya berakhir. Kali terkahir mereka tewas dalam EPL adalah pada 31 Mac lalu, juga di tangan Liverpool.

Palace hanya menang 2 daripada 20 pertemuan menentang big 6. Dan ini kekalahan liga ke-100 Roy Hodgson dalam EPL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN