Bekas pengurus Bayern Munich, Ottmar Hitzfeld membidas sikap biadap dan ego Lewandowski yang enggan bersalaman dengan Jupp Heynckes ketika beliau dikeluarkan dalam perlawanan menentang Cologne dalam perlawanan minggu lalu.
Lewandowski dikeluarkan pada minit ke-77 dan digantikan dengan Sandro Wagner. Beliau yang sudah menjaringkan 1 gol dalam perlawanan tersebut kelihatan mahu menambah koleksi gol beliau. Hitzfeld berkata:
“Saya tak sanggup melihat apa yang beliau lakukan ketika itu di dalam tv. Ini adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku.”
“Saya tak faham bagaimana orang seperti Lewandowski boleh bersikap biadap kepada orang seperti Heynckes. Pemain dikeluarkan oleh jurulatih adalah perkara yang biasa dalam bola sepak.”
“Apabila anda dikeluarkan, anda harus keluar dan mengucapkan semoga berjaya kepada pemain yang baru masuk.”
“Ini bukan soal menghormati Heynckes sahaja, ia juga isu untuk menghormati rakan beliau, Wagner. Beliau harus menjadi pemain pasukan (team player) bukannya egois.”
Seorang lagi pemain senior Bayern Munich, Jerome Boateng juga terkejut dengan tindakan Lewandowski.
Jerome Boateng isn't happy with Robert Lewandowski 😡 pic.twitter.com/6hR2j33XVS
— GOAL News (@GoalNews) May 9, 2018
Heynckes turut memberikan peringatan kepada Lewandowski, siapakah bos?
“Saya tahu seorang penyerang itu ada sikap mementingkan diri sendiri dan memikirkan soal gol. Kami sudah berbincang akan hal ini dan dia sudah faham.”
“Ketika saya mengeluarkan beliau, saya tak rasa itu satu bahan jenaka. Saya berhak mengeluarkan mana-mana pemain sebab saya adalah bos dan tiada orang lain yang boleh mempertikaikannya.”