“Hitam Putih Akhirnya Terpadam?” – Jersi Aiskrim Paddle Pop ‘Rainbow’ Sri Pahang Raih Perhatian

Sri Pahang 2022 aiskrim paddle pop

“Sudah la pra-musim hauk, jersi tema aiskrim Paddle Pop ‘Rainbow’ pulak”, adalah antara reaksi penyokong Sri Pahang sebaik sahaja jersi musim 2022 dilancarkan semalam yang dilihat hilang identiti Tok Gajah selama ini.

Begitupun, jika dilihat warna identiti hitam putih bukanlah pilihan pasukan kerana kuning biru merupakan warna utama bagi skuad Tok Gajah. Tetapi ia telah sinonim di kalangan penyokong mereka sekian lama, malah para penyokong juga memiliki sorakan, ‘Hitam Putih Takkan Padam’ yang telah didendangkan di stadium mereka.

Ironinya, kini, hitam putih telah terpadam di bumi Darul Makmur, sekurang-kurang untuk sepanjang musim ini.

Mungkin ada yang kecewa apabila warna hitam putih diketepikan pada musim ini. Sri Pahang mengekalkan warna kuning biru sebagai warna jersi utama sementara untuk jersi alternatif, warna seakan-akan aiskrim Paddle Pop dilihat menjadi pilihan. Pelbagai reaksi dapat dilihat di media sosial mengenai pilihan warna itu.

Ini kerana warna hitam putih itu dikaitkan para penyokong dengan warna bendera negeri Pahang.

Berikut merupakan antara reaksi di Facebook dan Twitter selepas majlis pelancaran jersi Sri Pahang:

“Hilang terus putih hitam”, Mohd Asrul Nizam Ejam

“Paddle Pop pulak”, Iniazziaf Ris

“Selalu laa dok nyebut HITAM PUTIH TAKKAN PADAM ulang2. Dibantainya buat paddle pop takkan padam,” Muhammad Hidayat

“Jersey Home ada chart pattern tapi bagi sideway je. Bg la uptrend chart, baru bullish. Ahahah. Yg kat dada samar2 tu nak hit ATL ke? We want ATH! Yg paddlepop maleh nak comment la. Siapa la approve design ni,” Rasydan Sailey

“Colorful. macam baju sukaneka,”@IfahmiDLYD

“Tgk jersi tu teringin plak aiskrim paddle pop,” @sh4rulnizm

https://twitter.com/loudkits/status/1497138131916709890

Malah jersi Sri Pahang kali ini turut menarik perhatian sebuah laman Twitter dari UK, LOUDkits, yang dilihat sering mengetengahkan jersi-jersi unik dan ‘berani mati’ yang ada di seluruh dunia dalam ciapan mereka.

Jika diamati, pada musim 2020, Sri Pahang yang ketika itu masih lagi dengan nama Pahang juga tiada jersi hitam putih dalam tiga pilihan jersinya. Dan jersi keluaran Umbro itu sebagaimana musim ini menggunakan warna pink dalam salah satu pilihan jersi. Jadi, ini bukanlah kali pertama hitam putih hilang dari radar!

Dalam pada itu, semalam telah berlangsung majlis pelancaran jersi musim 2022 Sri Pahang yang disiarkan secara langsung di laman Facebook pasukan. Untuk musim ini, Sri Pahang bekerjasama dengan Hakka Clo.

Turut diumumkan penaja musim ini iaitu Visit Pahang, Invest Pahang, HakkaClo, Chilis, Arwana dan ExtraJoss.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN