Tata Martino: Hirving Lozano Sudah Bersedia Untuk Melangkah Ke Kelab Gergasi Eropah

Hirving Lozano

Pengurus skuad kebangsaan Mexico, Gerardo ‘Tata’ Martino memberikan bayangan bahawa pemain sayap PSV Eindhoven, Hirving Lozano sudah cukup bersedia untuk beraksi untuk mana-mana kelab gergasi Eropah.

Beliau turut memberikan saranan kepada pemain sayap berusia 23 tahun kelahiran Mexico itu supaya membuat langkah besar dalam kariernya.

EINDHOVEN, NETHERLANDS – NOVEMBER 28: Hirving Lozano of PSV Eindhoven reacts after Marc-Andre Ter Stegan of Barcelona saves the shot during the UEFA Champions League Group B match between PSV Eindhoven and FC Barcelona at Philips Stadion on November 28, 2018 in Eindhoven, Netherlands. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Lozano yang memainkan peranan penting buat PSV dan Mexico telah menarik minat beberapa gergasi Eropah seperti Barcelona, Manchester United dan SS Napoli.

Sehubungan dengan minat beberapa kelab tersebut, Martino memberikan sokongan buat pemain itu untuk memilih pasukan baharu pada jendela perpindahan musim panas nanti.

”Mengambil langkah pertengahan di bola sepak Belanda dan Portugal menjadi perkara tradisi buat pemain (Amerika) Latin.”

MEXICO CITY, MEXICO – FEBRUARY 13: Gerardo Martino coach of Mexico talks with Jorge Sanchez (R) during the training session and press conference of Mexico National Team at CAR on February 13, 2019 in Mexico City, Mexico. (Photo by Carlos Ramirez/Getty Images)

”Saya merasakan Hirving (Lozano) telah menunjukkan bahawa dia mampu menjadi pemain yang sangat berharga dan boleh pergi ke mana-mana kelab terbesar di Eropah.”

”Ia jelas, saya fikir dari sisi analisis pemain, dia sememangnya sudah benar-benar bersedia.”

Sudah dua musim menabur bakti bersama pendahulu Liga Eredivisie itu, Lozano telah berjaya menjaringkan 32 jaringan dalam 53 penampilan.

Hirving Lozano telah menjaringkan 15 jaringan Liga Eredivisie selepas beliau beraksi dalam 24 perlawanan pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN