“Hipokrit, Tak Boleh Terima Kenyataan” – Admin IG Bundesliga ‘Delete’ Teguran Berfakta TMJ?

Mungkin tidak boleh menerima kenyataan teguran Tunku Ismail Ibni Sultan Ismail, Tunku Mahkota Johor (TMJ), pengendali akaun Instagram Bundesliga dipercayai memadam komen pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Baru-baru ini Bundesliga – pengendali pertandingan bola sepak domestik di Jerman – melakukan satu muat naik lambang ‘ikonik’ Bundesliga berlatar belakangkan bendera Ukraine.

Muat naik tersebut adalah sebagai tanda sokongan Bundesliga terhadap Ukraine yang kini berhadapan dengan pencerobohan tentera Rusia.

Tangkap layar muat naik Bundesliga di Instagram.

“Tiada siapa berhak tinggal dalam peperangan. Semua kami di Bundesliga akan berdiri bersama Ukraine,” tulis kapsyen bersama muat naik tersebut.

Perkara itu turut mendapat perhatian daripada TMJ. “Bagaimana dengan negara lain yang turut dicerobohi sebelum ini? Adakah nyawa mereka tidak bernilai? Vietnam, Syria, Iraq, Libya, Yemen, Afghanistan dan Palestine. Majoriti negara ini diceroboh oleh kuasa barat dan penghapusan etnik,” tulis TMJ dalam ruangan komen.

“Nyawa mereka jadi tidak bernilai kerana warna kulit atau agama? Benar, apa yang berlaku di Ukraine adalah salah. Tetapi apa yang diberitahu kepada saya, sepatutnya tiada politik di dalam sukan.

“Malang sekali media barat dan organisasi bola sepak kini bersikap begitu hipokrit.”

Ketika tangkap layar ini dilakukan – yang dikongsi oleh TMJ melalui IG Story Baginda – komen tersebut telah menarik lebih daripada 8.426 ‘Likes’ dan tidak kurang 642 komen.

Carian lanjut kami selepas itu mendapati komen tersebut telah hilang. Berdasarkan komen beberapa ‘followers’ akaun Instagram Bundesliga, komen oleh TMJ tersebut telah dipadam.

Beberapa komen susulan turut mengecam tindakan pengenali akaun Bundesliga memadam komen dan pendapat TMJ kerana tidak dapat menerima kenyataan dan realiti sebenar dunia pada hari ini.

Jika diperhatikan teguran dan komen daripada TMJ itu adalah fakta dan realiti sebenar dunia pada hari ini. Tidak ramai daripada kalangan komuniti bola sepak yang berani dan selantang TMJ mengutarakan pendirian sedemikian.

Baru-baru ini seorang pemain berasal dari Turki, Aykut Demir enggan memakai T-Shirt “No War” sebagai respon kepada pencerobohan tentera Rusia di Ukraine kerana kekurangan perhatian yang sama negara barat berikan kepada kejadian serupa sekiranya berlaku di negara lain seperti Yemen dan Syria.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN