Kedah Darul Aman (KDA) bermula dengan langkah kiri dalam saingan Piala AFC 2022 di tangan tuan rumah, Bali United dengan keputusan 0-2 di Stadium Kapten Widya 1, Bali.
Walaupun tampil dengan kekuatan import baharu, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak dilihat tenggelam dengan aksi bertenaga Bali United apabila lebih kerap bertahan daripada melancarkan serangan.
⚔️🟢🟡 NOT OUR DAY.
FT: Bali United 2-0 KDA FC
Ngah Wanja (OG) 45+2'
Rahmat 82'MATCHDAY 1 #afccup2022#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #afccup2022 #groupG #BALKDA pic.twitter.com/PrzgQL1YVY
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 24, 2022
Meskipun begitu, KDA dilihat masih berpeluang untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya kerana masih ada dua lagi perlawanan bakal dihadapi mereka selepas ini dalam Kumpulan G.
Menurut Aidil, kekalahan perlawanan pertama tersebut bakal dijadikan sebagai pemangkin semangat buat dirinya serta para pemain untuk kembali bangkit dalam aksi seterusnya selepas ini pada hari Isnin.
📷 Sorotan aksi KDA FC. Keep stronger and move on!
MATCHDAY 1 #afccup2022#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #afccup2022 #groupG #BALKDA pic.twitter.com/DIx7ReUPZa
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 24, 2022
Tambah beliau, skuadnya kini tidak akan sesekali menyerah kalah dan akan bangkit beraksi dengan lebih baik lagi untuk mencipta sesuatu yang positif buat para peminat.
“Apabila kamu tewas pada aksi pertama kamu perlu bangkit pada aksi berikutnya dan kita perlu fokus kerana Kaya FC juga tewas pada aksi pertama mereka.
“Saya rasa peluang masih terbuka, kita juga perlu melihat saingan di kumpulan lain yang mana ada yang mendapat keputusan seri.
“Jadi peluang masih lagi terbuka dan pemain perlu percaya untuk bangkit pada aksi seterusnya,” katanya yang berjaya meraih slot ke Piala AFC musim ini selepas membawa Kedah muncul naib juara Liga Super musim lalu menerusi Arena Metro.
Pada perlawanan tersebut, Bali United jelas telah bersedia sebaik mungkin untuk saingan Piala AFC ini apabila berjaya memperoleh dua gol hasil jaringan sendiri pemain pelawat, Ronald Ngah Wanja serta menerusi Muhammad Rahmat di penghujung perlawanan.
Jelas pengendali dari Singapura itu, punca mereka tewas disebabkan kesilapan pemain sendiri yang tidak fokus untuk bertahan dengan lebih baik sehingga membuka ruang buat lawan memperoleh gol.
“Gol pada penghujung separuh masa pertama dan gol kedua pada penghujung separuh masa kedua juga disebabkan kita hilang tumpuan tetapi kita harap pemain belajar dari perlawanan ini,” katanya.
Kedudukan kumpulan G setakat perlawanan pertama untuk hari ini.
Ayuh Sang Kenari! Pulun Kedah Pulun! 🔥
Aksi seterusnya :
2️⃣ KDA FC vs KAYA ILOILO
27 Jun 2022, Isnin, 9 malam
🔴 LIVE di Astro Arena 2#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #2022season #afccup2022 #groupG pic.twitter.com/WJtBp8vlQU— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 24, 2022
Untuk rekod semasa, kini KDA berada di tangga tercorot carta Kumpulan G selepas wakil Kemboja iaitu Visakha FC turut berjaya mencatat kemenangan mengatasi Kaya Ilo Ilo FC dengan keputusan 2-1.
KDA bakal meneruskan perjuangan mereka selepas ini untuk menentang Kaya Ilo-Ilo FC pada hari Isnin sebelum menghadapi perlawanan terakhir berdepan Visakha FC untuk menutup tirai peringkat kumpulan.