Higuain Hampiri Perpindahan Ke AC Milan, Bonucci Kembali Ke Juventus

Satu perpindahan, namun ianya melibatkan 3 pemain dalam satu masa.

Penyerang Argentina, Gonzalo Higuain semakin hampir untuk menjadi pemain baharu AC Milan.

Beliau ketika ini berada di Milan untuk menyelesaikan perpindahan tersebut dengan menjalani ujian perubatan.

Menurut laman ESPN, Higuain berharap urusan perpindahan beliau akan dapat dimeterai pada hari Khamis iaitu pada hari ini.

“Esok (hari ini) saya akan jalani ujian perubatan dan saya berharap perpindahan ini dapat diselesaikan dengan segera.”

Higuain disambut oleh beberapa penyokong AC Milan yang menunggu beliau di sebuah hotel di bandar tersebut.

“Ianya baik untuk menyaksikan ramai penyokong AC Milan di sini, namun saya ingin zahirkan penghargaan saya kepada penyokong Juventus yang banyak memberi sokongan kepada saya.”

AC Milan dan Juventus bakal melengkapkan 3 perpindahan dalam 1 urusan yang melibatkan Higuain serta 2 pemain pertahanan lain.

2 pemain pertahanan tersebut ialah Leonardo Bonucci dan juga Mattia Caldara.

Dalam perpindahan melibatkan dua pemain ini, AC Milan dan juga Juventus akan melakukan pertukaran terus tanpa melibatkan yuran perpindahan.

Sementara bagi perpindahan Higuain, beliau akan menyertai AC Milan secara pinjaman dengan yuran sebanyak €18 juta serts klausa untuk menjadi pinjaman itu sebagai perpindahan penuh.

Jika klausa itu diaktifkan, AC Milan akan membayar €36 juta lagi kepada Juventus.

Dengan yuran dibayar untuk perpindahan ini, maka Higuain tidak boleh dipanggil semula oleh Juventus sepanjang tempoh perpindahan sementara beliau itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN