Penyerang Chelsea, Gonzalo Higuain menyedari bahawa beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) bukanlah sesuatu perkara yang mudah seperti jangkaannya.
Beliau mengulas hal tersebut kepada wartawan, dengan berkata bahawa, dirinya dapat merasakan terdapat perbezaan yang amat ketara ketika bermain di EPL dan di Serie A, terutamanya dari segi sektor pertahanan.
Higuain akui yang para pemain pertahanan EPL lebih memiliki fizikal yang keras dan daya saing yang kuat.
Bekas penyerang Juventus itu menandatangani kontrak pinjaman bersama The Blues untuk tempoh enam bulan selepas memendekkan tempoh pinjamannya di AC Milan.
Selepas menjalani tiga perlawanan, Higuain akhirnya berjaya menutup mulut pengkritik yang meragui kemampuannya dengan meledak dua gol membantu Chelsea menewaskan Hudderfield Town 5-0 pada perlawanan ke-25 di Stamford Bridge minggu lalu.
EPL lebih keras
Walaupun belum sampai sebulan beraksi di Liga Inggeris, Higuain sudah boleh merasakan perbezaan saingan kompetitif tersebut dengan Serie A.
“Saya boleh melihat perbezaan dari Liga Itali(Serie A) kerana di sini, para pemain akan mengawal anda dengan lebih keras, terutama saat anda mendapatkan bola,” kata penyerang berusia 31 tahun itu.
“Ini adalah perbezaan yang besar, tetapi dari bola sepak Inggeris, saya sudah berjaya memperolehi kesan yang baik pada diri dan secara perlahan, saya dapat mengenal rentak pemainan rakan sepasukan saya.”
Jatuh cinta
Bagaimanapun, Higuain menyifatkan suasan bermain di Liga Inggeris lebih tenang berbading dengan mana-mana kejuaraan liga yang pernah disertainya.
Higuain mengaku, sepanjang kariernya, beliau telah menyaksikan banyak liga yang berlainan. Dari pengalamannya, beliau mendakwa dirinya sudah mula jatuh cinta dengan ‘suasana’ Liga Inggeris kerana cara kehidupannya yang lebih eksklusif dan sistematik.
“Saat saya berkembang, saya menyaksikan banyak liga yang berbeza, tetapi sebelum saya datang ke sini, saya sering menyaksikan Premier League. Dan saya tahu bagaimana ia sekarang.”
“Saya fikir ini adalah liga yang sangat menarik, dan juga dengan cara mereka bermain di Inggeris – dengan lebih profesional – ia juga sangat bagus. Stadium dipenuhi penonton, suasana yang baik, jadi ini adalah suatu hal yang baik untuk para pemain.”
Katanya lagi,” Dan dijalanan (diluar padang), anda boleh berjalan dengan sangat tenang(tanpa ganguan). Anda tidak perlu mengkhawatirkan apapun dan ini penting bagi pemain. Sebab, ini akan membuatkan hidup anda menjadi seperti orang biasa.”