Marseille terus memperbaiki kedudukan mereka dalam liga apabila berjaya memenangi perlawanan menentang FC Metz di gelanggang sendiri.
Walaupun berusaha keras, Marseille hanya mampu menjaringkan 1 gol sahaja hasil jaringan Bafetimbi Gomis pada minit ke 13.
Marseille ternyata menguasai perlawanan apabila menghasilkan 15 percubaan dan 7 percubaan tepat ke pintu gol.
Ini ternyata berbeza dengan Metz yang menghasilkan 4 percubaan dan hanya 1 percubaan tepat sahaja.
Kesebelasan utama:
Marseille: Yohann Pele (penjaga gol), Henri Bedimo, Doria, Rod Fanni, Hiroki Sakai, William Vainquer, Lassana Diarra, Florian Thauvin, Bouna Sarr, Clinton N’Jie, Bafetimbi Gomis
FC Metz: Thomas Didilon (penjaga gol), Ivan Balliu, Milan Bisevac, Guido Milan, Benoit Assou-Ekotto, Chris Phillips, Georges Mandjeck, Gauther Hein, Florent Mollet, Opa Nguette, Mevlut Erdinc
Baca juga: Abou Diaby: “Inilah Kisah Hidup Saya – Kecederaan & Terluka Secara Psikologi”