Highlight UEFA Europa League 2019/20: LASK 0-5 Man Utd

Manchester United mempunyai kelebihan besar untuk mara ke pusingan seterusnya di pertandingan UEFA Europa League (UEL) selepas menang besar ke atas LASK di hadapan 500 penonton.

Gol cantik daripada Odion Ighalo membuka laluan kemenangan untuk Uniyed dalam Linzer Stadion yang hampir kosong setelah kerajaan Austria menghadkan kehadiran orang awam sebagai tindak balas pencegahan wabak coronavirus.

Penyerang berusia 30 tahun dari Nigeria itu kini telah menjaringkan empat gol dari tiga permulaan untuk United, yang kini turut tidak tewas dalam 11 perlawanan di semua pertandinga,

Walaupun Ole Gunnar Solksjaer melakukan lima pertukaran kepada kesebelasan utama yang menewaskan Manchester City pada hujung minggu lalu, United jelas pasukan yang tampil meyakinkan dengan permainan bola sepak lancar serta menarik.

Juan Mata, Daniel James dan Harry Maguire masing-masing mempunyai peluang untuk menggandakan kelebihan United, tatkala percubaan Ighalo sekadar mengegarkan tiang.

Pemain yang diperolehi secara pinjaman daripada Shanghai Shenhua itu kemudiannya menghasilkan bantuan gol yang disempurnakan oleh Daniel James, selepas pemain muda Wales itu melakukan cut inside menarik sebelum melepaskan rembatan kaki kanan.

Lorongan tajam Fred kemudiannya membenarkan Mata menjaringkan gol ketiga, tatkala pemain gantian Mason Greenwood dan Andreas Pereira menjadikan kemenangan United dengan jaringan besar.

Kemenangan ini turut mengekalkan rekod Manchester United yang tidak pernah tewas kepada wakil daripada Austria dalam pertandingan eropah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN