Liverpool akhirnya tewas jua di Anfield dalam saingan Eropah, selepas kali terakhir tewas di tangan Real Madrid. Kali ini juara bertahan tumpas 2-3 di tangan Atletico Madrid.
Atletico Madrid berjaya mengatasi The Reds selepas berhempas pulas dalam aksi 120 minit aksi.
Liverpool terlebih dahulu di hadapan menerusi Gini Wijnaldum yang menanduk masuk bola hantaran Alex Oxlade-Chamberlain pada minit ke-43. Gol yang menyamakan skor agregat di antara kedua dua pasukan.
Namun perlawanan pada 90 minit tidak ada pemenang secara agregat. Selepas kedua dua pasukan gagal untuk menambah gol pada baki aksi 90 minit, perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan 30 minit.
Pada masa tambahan separuh pertama, Roberto Firmino meletakkan Liverpool di hadapan secara agregat. Beliau menerima hantaran Wijnaldum telah melakukan rembatan yang awalnya terkena tiang. Namun pantas beliau menyempurnakan peluang kedua.
Pemain gantiang Atletico Madrid, Marcos Llorente diberikan loteri oleh Adrian. Ini selepas penjaga gol Liverpool itu menolak bola lemah.
Atletico berkelebihan secara peraturan gol tempat lawan dengan gol pertama oleh Marcos Llorente.
Tidak lama selepas itu, nama Llorente sekali lagi membuatkan Anfield tergamam dengan gol kedua beliau pada malam itu. Llorente melencongkan bola ke near post.
Liverpool memerlukan 2 gol untuk mara, pada baki 15 minit lagi perlawanan.
Namun perjuangan Liverpool dimatikan oleh seorang lagi pemain gantian iaitu Alvaro Morata yang melakukan larian solo dan merembat melepasi Adrian.
Atletico berjaya menang 3-2 ke atas Liverpool, sekaligus mara ke suku akhir dengan agregat 4-2.