Debut Jose Mourinho bersama Tottenham Hotspur hampir agak mendebarkan, malah pada satu ketika dilihat sedang dirosakkan oleh Olympiakos.
Ini apabila pasukannya dikejutkan dengan 2 gol pendahuluan oleh pasukan pelawat, Olympiakos
Spurs di belakang seawal minit ke-6 apabila rembatan deras oleh Youssef Al-Arabi menerjah gawang. Arabi melakukan rembatan dari luar kotak penalti.
Persembahan hambar Spurs Kemudian diburukkan lagi dengan kesilapan pertahanan yang membolehkan Ruben Semedo menyumbat masuk bola dari jarak dekat
Mourinho cepat cepat memasukkan Christian Erikson. Ianya telah membantu memperbaiki aksi mereka di atas padang.
Dan pada masa kecederaan separuh masa pertama, Dele Alli mendapat peluang gol yang mirip kepada Semedo, di mana kesilapan pertahanan membolehkan beliau hanya melakukan ‘simple tap in’. Ia gol penting untuk kebangkitan Spurs.
Dan separuh masa kedua, Harry Kane menyempurnakan hantaran oleh Lucas Moura dengan satu sentuhan pertama yang cantik.
Mourinho mengucapkan terima kasih kepada budak Milo yang membantu gerakan pantas itu.
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) November 26, 2019
Tidak lama selepas itu, Serge Aurier meletakkan Spurs di hadapan menerusi gol dengan rembatan deras selepas tidak dikawal.
Mourinho meraikan gol keempat Spurs dengan girang apabila kapten Kane menanduk masuk hantaran menerusi sepakan percuma Eriksen. Kane menanduk masuk bola tersebut.
The fastest player in @ChampionsLeague history to reach 20 #UCL goals!
🏴 🔥 @HKane
🙌 #OneOfOurOwn 🙌 pic.twitter.com/LwD3EDV5kr
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) November 26, 2019
Tottenham memang 4-2 dan sekaligus mara ke pusingan kalah mati.
Final 16 qualification ✔️ Great attitude from the lads tonight and the home support was class. #COYS pic.twitter.com/H3t2OqQuZ4
— Dele (@dele_official) November 26, 2019
Satu kelegaan buat finalis musim lalu. Selepas tamat perlawanan Jose Mourinho menganggap separuh masa pertama yang sukar. Namun mereka berjaya bangkit selepas itu.