Quantcast

BERITA

Highlight UCL: Lovren Selamatkan Liverpool

Juara bertahan, Liverpool terpaksa menunggu sehingga ke perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk mengesahkan tempat mereka dalam kelompok 16 pasukan akhir.

Ini selepas skuad Jurgen Klopp itu diikat 1-1 oleh Napoli di Anfield.

Liverpool boleh mara lebih awal jika mereka menang ke atas Napoli. Namun berhadapan dengan kesulitan berhadapan dengan pasukan yang bertahan sangat kompak dan agresif.

Liverpool sukar bermain fast tempo dan free flowing football kerana Napoli bertahan dengan unit ramai di blok rendah.

Dries Mertens meletakkan pasukan pelawat 1 gol di hadapan menerusi satu rembatan deras mengatasi Alisson.

The Reds bergelut untuk mendapatkan gol penyamaan. Van Dijk menanduk bola yang tepat ke dakapan penjaga gol.

Liverpool mendapat peluang yang dicipta Sadio Mane, namun gagal menyudahkannya.

Klopp juga terpaksa menelan situasi kecederaan yang menimpa Fabinho.

Pada separuh masa kedua, Dejan Lovren menyamakan kedudukan untuk Liverpool menerusi tandukan deraas pada ke-65.

Liverpool kemudian berusaha mencari gol kemenangan dalam perlawanan ini, namun Napoli terus kental bertahan.

Tamat perlawanan, Liverpool 1 dan Napoli 1. Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah di kejohanan Eropah, di Anfield sejak 2014.

Kedua-dua pasukan masing-masing berada di tangga teratas dan kedua. Namun keputusan ini masih membuka peluang kepada RB Salzburg untuk mara.