Quantcast

BERITA

Highlight UCL: Liverpool Cemerlang Atasi Porto Untuk Mara Ke Separuh Akhir Sekali Lagi

Liverpool menyempurnakan tugas mereka dengan sebaik mungkin ketika berkunjung ke Estadio Do Dragao di Portugal untuk aksi menentang FC Porto.

Liverpool membawa bekalan 2 gol dari Anfield daripada aksi pertama.

Liverpool cemerlang atasi Porto

Skuad bimbingan Jurgen Klopp mendahului menerusi Sadio Mane pada minit ke-26 selepas menerima hantaran daripada Mohamed Salah.

Mohamed Salah meneruskan sentuhan gol beliau apabila menyempurnakan hantaran Trent Alexander Arnold pada minit ke-65. Liverpool dalam kedudukan agregate 3-0 dan Porto perlu menjaringkan 4 gol untuk mara.

Eder Militao menjaringkan gol saguhati pada minit ke-68. Militao menanduk masuk sepakan penjuru Alex Telles.

Pada minit ke-77, Jordan Henderson melorongkan bola lintang dan disempurnakan oleh Roberto Firmino dengan tandukan bebas.

Dan sebelum wisel penamat, Virgil Van Dijk dengan mudah menjaringkan gol – satu lagi gol tandukan bebas dalam perlawanan ini. Van Dijk menyambut kemas hasil umpanan Sadio Mane. Perlawanan berkesudahan 4-1 dan Liverpool mara dengan agregate 6-1.

Liverpool akan berhadapan dengan Barcelona di separuh akhir.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini:

Dan ini untuk versi lebih panjang: