Oxlade Chamberlain cemerlang dalam membantu pasukannya menang ke atas Genk dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan.
Chamberlain menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-2. Ianya satu remnbatan deras – leret – yang tidak dapat dijangkau oleh penjaga gol.
Liverpool kemudian mendominasi sebahagian besar perlawanan. Namun Liverpool dibolosi menerusi gol Samatta yang berjaya menewaskan Milner bagi memenangi hantaran lintang.
Namun gol itu dibatalkan selepas semakan VAR. Pemain yang melakukan hantaran, Ito terlebih dahulu ofsaid.
Pada separuh masa kedua, Oxlade Chamberlain melengkapkan double beliau dengan jaringan yang agak ‘jahat’ dari luar kotak penalti.
Ini merupakan kali pertama Chamberlain menjaringkan dua gol selepas kali terakhir melakukan bersama Arsenal ketika Oktober 2016 menentang Reading.
Oxlade dikeluarkan pada minit ke-74, bermakna beliau tidak dapat untuk mengejar hatrik.
Selepas gol kedua Chamberlain itu, Genk agak tertekan dan hilang fokus.
Kesannya mereka melepaskan 2 lagi gol. Gol ketiga Liverpool adalah permainan kombinasi menarik di antara trio serangan Liverpool. Mohamed Salah dengan liciknya melakukan hantaran yang disudahkan Sadio Mane pada minit ke-77.
10 minit selepas itu, Liverpool menambah 1 lagi gol menerusi Mohamed Salah dan kali ini giliran Sadio Mane pula mencipta gol kepada penyerang kebangsaan Mesir itu.
Genk mendapat gol saguhati menerusi Stephen Odey pada minit ke-88.
Alisson hampir bolos sekali lagi pada masa kecederaan namun beliau berjaya melakukan recovery.
Tamat perlawanan Liverpool menang ke atas Genk 4-1.
Liverpool berada di tangga kedua kumpulan E selepas 3 perlawanan. Napoli turut mencatatkan kemenangan ke atas RB Salzburg.
Anda boleh saksikan rangkuman perlawanan di sini:
https://youtu.be/rsN9uQ7JGMI