Penyokong Chelsea pastinya tak senang duduk sepanjang 90 minit aksi UCL – awal pagi tadi – berhadapan dengan Lille. Mana tidaknya, jika kalah atau seri mereka akan tersingkir daripada persaingan.
Chelsea turun beraksi di Stamford Bridge melayan kunjungan Lille dari Perancis.
Dan pasukan tuan rumah berjaya memastikan kemaraan ke pusingan seterusnya, dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan H.
Chelsea menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama menerusi Tammy Abraham dan Cesar Azpilicueta.
Gol pertama hadir seawal minit ke-19 apabila Tammy Abraham dengan bijak melakukan flick ke dalam gawang gol.
⚽️⚽️⚽️
Tammy Abraham has now scored in his last three appearances at Stamford Bridge in all competitions 🔥#CHELOSC pic.twitter.com/npqTS1Lm7Z
— GOAL (@goal) December 10, 2019
Gol kedua oleh Cesar Azpilicueta pula hadir pada minit ke-35 menerusi sepakan penjuru yang ditanduk masuk oleh ketua pasukan The Blues itu.
Namun pada lewat perlawanan, Lille membuatkan Chelsea seram sejuk kerana bekas pemain mereka, Loic Remy menjaringkan gol pada minit ke-78. Ianya gol dengan sentuhan ‘first timer’ yang baik sekali.
Chelsea berjaya bertahan dengan baik dan memastikan 3 mata milik mereka. Lille menamatkan saingan dengan hanya 1 mata dalam kumpulan H.
Kemenangan Valencia ke atas Ajax di Amsterdam telah menafikan Chelsea sebagai pendahulu kumpulan.
Frank Lampard pastinya bangga dengan pencapaian, menjadi pengurus Inggeris pertama selepas bapa saudaranya, Harry Redknapp, mara ke pusingan kalah mati UCL pada 2010/11 bersama dengan Spurs.
https://youtu.be/4lm9frKOzjU