Chelsea berjaya bangkit dan mengelak daripada kalah di tangan Ajax.
2 kali pemain The Blues menjaringkan gol sendiri dalam perlawanan ini.
Ajax seakan-akan boleh membawa 3 mata tanpa sebarang masalah. Di mana pada satu ketika Ajax medahului dengan 3 gol. Chelsea pula serba tidak menjadi.
Tammy Abraham memberikan Ajax gol pertama menerusi gol sendiri pada minit ke-2.
Chelsea dengan cepat menyamakan kedudukan menerusi penalti Jorginho selepas Christian Pulisic dijatuhkan.
Namun Ajax kembali di hadapan selepas sepakan percuma cantik Hakim Ziyech ditanduk oleh Promes yang terkena tiang. Bola melantun dan terkena Kepa Arrizabalaga – satu lagi jaringan sendri oleh Eden.
Donny Van De Bek menjaringkan gol ke-4 Ajax pada minit ke-55. Ia seolah-olah jaringan pemusnah.
Namun Chelsea bagkit untuk menjaringkan 3 gol selepas tu. Cesar Azpilicueta merapatkan jurang dengan gol pada minit ke-63.
Pada minit ke-68, Daley Blind dibuang padang kerana kekasaran ke atas Abraham. Ajax menerima penyingkiran pemain kedua mereka pada minit ke-69, selepas Joel Veltman juga dibuang padang.
Pemain gantian berusia 19 tahun, Reece James melengkapkan kebangkitan Chelsea dengan gol ke-4.
🔵 Chelsea's youngest ever #UCL goalscorer = Reece James 👏 pic.twitter.com/IDrXsD9gjS
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) November 5, 2019
Ajax pastinya kecewa dengan keputusan ini. Perlawanan tamat 4-4.
https://youtu.be/8LWNL6D0HNA