Malaysia menang 3-1 ke atas Kyrgyzstan dalam perlawanan pembukaan Sukan Asia untuk kumpulan C. 3 gol Malaysia sumbangan Safawi Rasid menerusi penalti, Akhyar Rashid dan juga Syafiq Ahmad.
Manakala gol tunggal Kyrgyzstan dijaringkan oleh Batyrkanov.
https://www.youtube.com/watch?v=9wGFY2UsASY
Malaysia mungkin boleh menambah 1 atau 2 lagi gol dalam perlawanan selepas mencipta beberapa peluang selain daripada 3 gol tersebut. Aksi yang membanggakan daripada anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee.
Kemenangan yang meletakkan Malaysia di tangga teratas kumpulan C untuk sekurang-kurangnya 2 jam kerana aksi Korea Selatan dan Bahrain akan berlangsung selepas perlawanan ini.
Malaysia akan berhadapan pasukan heavy weight Korea Selatan pada 17 Ogos ini.