Ukraine bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Korea Selatan 3-1, sekaligus menjuarai kejuaraan Piala Dunia Bawah 20 untuk negara tersebut.
Perlawanan yang berlangsung di Lodz, Poland menampilkan dua pasukan yang pertama kali mara ke perlawanan akhir dalam sejarah kejohanan utama dunia lelaki.
Korea Selatan terlebih dahulu mendahului melalui sepakan penalti pemain Valencia, Lee Kang-in yang menewaskan penjaga gol Ukraine yang kini bersama Real Madrid, Andriy Lunin pada babak awal permainan.
Tetapi Vladyslav Supriaha menjadi wira Ukraine apabila jaringan beliau di setiap babak perlawanan membantu kebangkitan negaranya.
Rakan sepasukan Supriaha di Dynamo Kiev, Heorhii Tsitaishvili melengkapkan kemenangan 3-1 Ukraine di babak akhir permainan.
Korea Selatan pada satu ketika kelihatan akan menyamakan jaringan ketika kedudukan 2-1, tetapi Lunin yang dipinjamkan bersama Leganes sepanjang musim lalu di La Liga cemerlang menolak keluar tandukan Lee Jae-ik.
Ukraine – tidak layak pada edisi 2017 – menjuarai pusingan peringkat kumpulan yang turut menyaksikan pasukan dari Amerika Syarikat, Nigeria dan Qatar.
Mereka menewaskan Panama 4-1 di pusingan 16 pasukan terbaik, mengecewakan Colombia 1-0 di suku akhir, sebelum memadam harapan Itali dengan jaringan 1-0 di separuh akhir sebelum mara ke perlawanan akhir.
#U20WC Award Winners:
? Golden Glove:
▪️ Andriy Lunin – Ukraine ??? Golden Boot:
▪️ Erling Haaland – Norway ??⚽️ Golden Ball:
▪️ Lee Kang-in – Korea Republic ??? FIFA Fair Play:
▪️ Japan ??#Gibet pic.twitter.com/4p9Nfe1DVK— GIBET #PlayWithGibet (@mygibet) June 15, 2019
Penyerang Norway, Erling Braut Holland memenangi anugerah kasut emas dengan sembilan gol – yang dijaringkan hanya dalam satu perlawanan – selepas Norway membelasah Honduras 12-0 di peringkat kumpulan.
Juara bertahan, England gagal melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan ini.