Perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 menemukan 2 pasukan yang sentiasa memberikan saingan panas iaitu Perak dan JDT.
JDT melepaskan bolos awal daripada pemain muda mereka yang gugup dan tertampan bola ke gawang sendiri. Izham Tarmizi terperangkap di kedudukan yang sukar.
Di kala pasukan Perak rancak mencari gol kedua, sekali lagi Shahrom Kalam melakukan kesilapan yang hampir sama seperti sebelum ini.
Ghaddar menghukum Perak dengan gol penyamaan. JDT kini membawa bekalan 1 gol dari tempat lawan untuk perlawanan kedua di Larkin selepas ini.
https://www.youtube.com/watch?v=EVPd25-Mkk8