Highlight: Man City Terus Unggul Di Puncak EPL Selepas Belasah Leeds 7-0

Manchester City dengan mudah membelasah Leeds 7-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang diadakan pada awal pagi tadi.

Kemenangan besar itu ibarat mesej jelas kepada pencabar lain, khususnya Liverpool dan Chelsea akan kemampuan dan niat pasukan itu pada musim ini.

Skuad kendalian Pep Guardiola menampilkan permainan menakjubkan dan hadir dengan enam penjaring gol berbeza dalam kemenangan besar ke atas Leeds.

Phil Foden, Jack Grealish, Riyad Mahrez, John Stones dan Nathan Ake masing-masing menjaringkan satu gol, manakala Kevin de Bruyne pula menjaringkan dua gol.

City tidak membuang masa apabila membuka tirai jaringan melalui Foden seawal minit ke-8 perlawanan. Leeds hanya boleh mempersalahkan diri sendiri kerana gagal mengekang bintang muda England itu.

Grealish menambah gol kedua perlawanan sekaligus menamatkan rentetan 10 perlawanan tanpa sebarang jaringan lima minit kemudian.

Sebelum babak pertama perlawanan berakhir, Man City sudah memiliki kelebihan tiga gol selepas penyudah dari jarak dekat oleh Kevin de Bruyne.

Mahrez kemudian terus melebatkan kedudukan kepada 4-0 buat City hanya selepas empat minit babak kedua disambung.

De Bruyne menjaringkan gol kedua peribadi di dalam perlawanan ini. Kali ini ia adalah gol roket dari jarak jauh yang mengegarkan jaring gawang Leeds.

Selepas itu giliran dua pemain pertahanan untuk turut mencetak nama sebagai penjaring. Stones terlebih dahulu meletakkan nama sebagai penjaring gol sebelum Ake turut menyempurnakan peluang yang terhidang setelah masuk sebagai pemain gantian menggantikan Ruben Dias.

City kini unggul dengan 41 mata di puncak EPL dengan kelebihan empat mata ke atas Liverpool dan lima mata berbanding Chelsea, tetapi beraksi lebih satu perlawanan berbanding pencabar lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN