Stephan El Shaarawy menjaringkan 2 gol untuk membantu AS Roma menang ke atas Chelsea 3-0. Dalam perlawanan pertama sebelum ini Roma melepaskan peluang untuk menang ke atas Chelsea dengan melepaskan gol minit pada minit ke-75.
Cerita berbeza di Stadium Olimpico awal pagi tadi. AS Roma sebelum ini menjadi pasukan pertama menjaringkan 3 gol dalam UCL menentang pasukan Antonio Conte, melakukannya sekali lagi.
Roma melakukan 3 gol yang cantik-cantik di dalam perlawanan ini. Shaarawy membuka tirai jaringan menerusi gol peluru, hasil daripada half-volley ketika perlawanan berlangsung kurang seminit.
Pada minit ke-36, Shaarawy melakukan gol cantik sekali lagi. Tidak pasti mana satu lebih cantik kerana gol kali ini adalah menggunakan muslihat dengan mencucuk bola melepasi Courtois.
Chelsea bergelut sepanjang separuh masa kedua. Dan minit ke-63, satu lagi jaringan cantik dihasilkan, misil dari luar kotak penalti menerusi Perotti.
Roma hampir menambah beberapa gol lagi dalam perlawanan ini, namun gagal melakukannya. Courtois melakukan 1 aksi ‘point blank save’. Saksikan pesta gol cantik ini di bawah ini:
https://www.youtube.com/watch?v=s2ueasLGsdo
Ini merupakan salah satu aksi terbaik AS Roma pada musim ini. Mereka jelas semakin meningkat naik di bawah kendalian Eusebio Di Francesco.
Pada awalnya beberapa pemain mengkritika Eusebio, terutama sekali Edin Dzeko. Namun beliau tegas menyatakan yang beliau tetap mahukan pemain bermain dengan cara beliau.
Kemenangan ini meletakkan AS Roma memintas Chelsea sebagai pendahulu kumpulan C.