Highlight: Lee Tuck Bantu Terengganu Tewaskan Felda United Di Jengka

Perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia melibatkan pasukan Felda United vs Terengganu berlangsung di Jengka.

Ianya berakhir dengan kemenangan memihak kepada skuad Sang Penyu 1-2.

Lee Tuck sekali lagi menjadi watak penting dengan 1 assist dan 1 gol dalam membantu pasukan Terengganu menang di tempat lawan.

Terengganu terlebih dahulu di hadapan pada mini ke-9 menerusi tandukan Nasrullah Haniff yang menyambut lambungan Lee Tuck.

Satu tandukan yang tidak dapat dijangkau oleh penjaga gol.

Namun begitu, Felda United menyamakan kedudukan menerusi Gilberto Fortunato pada minit ke-56. Ini selepas pertahanan Terengganu gagal mengeluarkan bola daripad situasi sepakan percuma.

Gol kemenangan Terengganu terhasil menerusi Lee Tuck yang menyempurnakan penalti pada minit ke-80. Farizal Harun berjaya membaca bola namun gagal menepis untuk menghalangnya daripada masuk.

Kemenangan yang berharga untuk pasukan Terengganu yang membawa kelebihan jaringan di tempat lawan.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN