Highlight Juventus 1 Ajax 2 (agg 2-3): Ajax Cemerlang Singkirkan Juventus Di Turin

Hanya ada 1 kejuaraan yang masih diidamkan oleh Juventus era selepas kebangkitan daripada Calciopolli iaitu UCL. Mereka menganggap UCL akan menjadi pelengkap kepada era gemilang Old Lady pada era dominan mereka dalam sedekad ini.

Pada perlawanan pertama Juventus dikira bernasib baik kerana tidak tewas. Cristiano Ronaldo menyelamatkan mereka di Amsterdam.

Namun di Turin, Ajax akhirnya membuktikan – mereka memang pasukan yang harus diberikan perhatian selepas menyingkirkan juara bertahan – Real Madrid sebelum ini.

Ajax selayaknya menang ke atas Juventus selepas apa yang mereka lakukan dalam 2 perlawanan suku akhir.

Juventus membeli Cristiano Ronaldo musim ini. Ronaldo sendiri mengakui salah satu sebab kenapa Juventus mahukan beliau adalah kerana UCL.

Juventus membeli Ronaldo dengan nilai €112 juta – angka yang sebenarnya lebih €20 juta daripada pendapatan tahunan Ajax. Dan satu pasukan Ajax memiliki bil gaji €4 juta kurang daripada gaji Ronaldo.

Ronaldo meletakkan Juventus 1 gol di hadapan pada minit ke-28 menuerusi tandukan bebas yang tidak dikawal.

Kem Ajax membanth gol itu mendakwa Leonardo Bonucci melakukan tolakan ke atas pemain Ajax. Namun pengadil tetap memberikan gol selepas meninjau semula gol itu menerusi VAR. Ini kerana sebenarnya De Ligt telah tertolak rakannya sendiri – Joel Veltman.

Ajax membalas gol tersebut menerusi Donny Van De Beek. Beliau berada di kedudukan ‘onside’ walaupun ada beberapa pemain Juve merasakan pemain itu ofsaid.

Dusan Tadi kemudiannya hampir menemui rakannya pada serangan balas klasik oleh Ajax namun dipintas oleh Miralem Pjanic.

Ajax kemudian mendapat sepakan penjuru dan De Ligt menebus kesilapan beliau dengan menjaringkan gol pendahuluan. De Ligt menanduk masuk umpanan sepakan penjuru Lasse Schone. Sekaligus memerlukan Juventus menjaringkan 2 gol untuk mara.

Perlawanan berakhir 2-1 memihak kepada Ajax dan Juventus tersingkir di suku akhir dengan agegat 2-3.

Ini juga kali pertama separuh akhir UCL tidak ada kelibat Cristiano Ronaldo sejak 2009/10.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini:

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN