England turun berhadapan dengan Bulgaria dalam aksi kelayakan Euro 2020.
Kapten England, Harry Kane berjaya mencetak hatrik dalam aksi menentang Bulgaria. Ia sekaligus membantu England menang 4-0.
England meneruskan rekod sempurna dalam kelayakan Euro 2020 kali ini, di mana England sudah menang 3 daripada 3 perlawanan setakat ini dengan jaringan keseluruhan 14 gol.
Selain daripada Harry Kane, bintang Manchester City, Raheem Sterling meneruskan rentak kecemerlangan di hadapan gol dengan menyumbang 1 gol.
Kane dan Sterling berganding untuk mencipta gol pertama England pada minit ke-24.
Kane kemudiannya, menyempurnakan penalti untuk gol ke-2, ianya selepas 4 minit babak kedua bersambung. Penalti diberikan selepas Nikolay Bodurov mengasari Marcus Rashford.
Kane kemudiannya mengumpan kepada Sterling untuk gol ke-3 England. Ianya disempurnakan oleh Sterling pada minit ke-55.
Dan Harry Kane melengkapkan hatrik beliau pada minit ke-73, juga menerusi sepakan penalti.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan 4-0, England ke atas Bulgaria.
Perlawanan seterusnya England akan berhadapan dengan Kosovo.
Kane kini mencatatkan 25 gol dalam 40 penampilan beliau untuk England. Kane turut mencatatkan hatrik kedua dalam karier beliau untuk Tiga Singa.
https://youtu.be/oVZWyb3TgIE
https://youtu.be/WyVh9d8gll0