Highlight: Gol Dramatik Minit Akhir Oliver McBurnie Halang Kebangkitan Manchester United

Gol dramatik minit akhir Sheffield United memaksa Manchester United berpuas hati dengan satu mata.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer bangkit dari ketinggalan dua gol sebelum mendahului di Bramall Lane dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi tadi.

Jaringan Oliver McBurnie pada minit ke-90 perlawanan dinantikan dengan penuh debaran, selepas ianya dirujuk kepada sistem teknologi viden bantuan pengadil (VAR) – selepas dakwaan terkena tangan pemain itu sebelum jaringan dilakukan.

Tiga gol dalam tempoh tujuh minit seakan-akan telah menyelamatkan perlawanan ini buat United, yang tampil tidak meyakinkan buat mereka sebelum itu.

Manchester United seakan-akan di ambang kekalahan selepas ketinggalan melalui jaringan pembukaan John Fleck pada minit ke-19 dan Lys Mousset tujuh minit selepas perlawanan babak kedua disambung.

United merapatkan jurang melalui rembatan bek kiri muda, Brandon Williams pada minit ke-72 perlawanan untuk mencetuskan kebangkitan.

Selepas itu giliran Mason Greenwood menyamakan kedudukan, diikuti oleh Marcus Rashford yang menyempurnakan hantaran Daniel James untuk United mendahului dalam perlawanan ini.

Namun ia tidak cukup untuk United memastikan tiga mata milik mereka, dan terpaksa berpuas hati menduduki tangga ke-9 EPL selepas gol penyamaan minit akhir McBurnie.

Topik perbualan utama dalam perlawanan ini adalah dominasi oleh Sheffield United yang dilihat mampu menewaskan Manchester United sejak kali terakhir melakukannya pada 1992.

Kredit: Stadium Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN