Highlight EPL: VAR Nafikan Gol Azpilicueta, Liverpool Kekal Rekod 100%

Aksi Chelsea dan Liverpool semalam adalah perlawanan tumpuan dalam EPL. Kedua-dua pasukan dalam usaha melupakan kekalahan pada pertengahan minggu, dalam aksi UCL.

Liverpool meneruskan rentak kemenangan mereka. 6 perlawanan 6 kemenangan. Dan kali ini The Blues menjadi mangsa mereka.

Liverpool mendahului menerusi sepakan percuma Trent Alexander-Arnold pada minit ke-14.

Cesar Azpilicueta berjaya menyumbat masuk bola ke gawang Liverpool. Ini selepas pertahanan Liverpool dengan mudah diatasi di garisan tinggi.

Namun gol itu ditarik balik selepas semakan VAR mendapati Mason Mount hanya sedikit ofsaid.

Tidak lama daripada insiden VAR itu, Liverpool menambah 1 lagi gol, di mana Roberto Firmino menanduk masuk hantaran lintang oleh Andrew Robertson.

Tammy Abraham berpeluang menambah gol beliau, namun gagal menyempurnakan peluang daripada situasi 1 lawan 1.

Pada separuh masa kedua, Liverpool mengendurkan rentak mereka dan banyak menyerap asakan daripada Chelsea.

Chelsea akhirnya mendapat gol pertama menerusi N’golo Kante pada minit ke-71. Satu gerakan solo yang cantik daripada Kante.

Chelsea menggandakan lagi usaha menerusi hantaran silang. Pemain gantian Michy Batshuayi terlepas peluang berharga untuk menyamakan kedudukan daripada situasi tidak dikawal ketika melakukan tandukan.

Liverpool berjaya mempertahankan kelebihan 1 gol yang mereka ada. Perlawanan tamat dengan kemenangan Liverpool ke atas Chelsea 1-2.

Ini merupakan kekalahan kedua Chelsea musim ini dalam EPL. Dan ini juga kali kedua Jurgen Klopp menundukkan Frank Lampard.

Liverpool mengulangi pencapaian cemerlang mereka musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN