Highlight EPL: United Sekadar Seri Pada Hari Debut Bruno Fernandes

Manchester Unite turun melayan kunjungan Wolves dalam aksi EPL di Old Trafford semalam. Harapan United adalah untuk merapatkan jurang Chelsea yang keciciran mata pada aksi lebih awal.

Ini sudah berapa kali Chelsea ‘memberikan peluang’ untuk United merapatkan jurang ataupun memintas mereka, dan skrip dia hampir sama. United pula turut keciciran mata.

Dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford, Man United seri tanpa jaringan dengan Wolves.

Ole Gunnar Solskjaer memberikan debut untuk Bruno Fernandes. Pemain yang dibeli dengan nilai keseluruhan sekitar £67 juta.

Beliau bermula dalam aksi kali ini, hanya beberapa jam selepas disahkan menjadi pemain United.

Manchester United memiliki beberapa peluang gol dalam perlawanan ini. Namun mereka tumpul di hadapan gol.

Begitu juga dengan Wolves, yang turut mencipta banyak peluang gol. Tetapi dihampakan oleh penyudah.

Wolves memulakan perlawanan ini dengan lebih ofensif apabila mereka mencipta lebih banyak percubaan tepat.

United hanya mendapat percubaan tepat pertama pada lewat separuh masa pertama menerusi Bruno Fernandes.

Wolves memiliki peluang gol menerusi Raul Jimenez, Jota dan juga Podence.

United turut memiliki peluang terbaik menerusi Harry Maguire, Mason Greenwood. Dan yang paling hampir adalah ketika tandukan terakhir oleh Diogo Dalot, yang sedikit tersasar. Ianya dilakukan pada aksi terakhir dalam perlawanan ini.

Tamat perlawanan, Manchester United 0 Wolves 0.

United kini dipintas oleh Sheffield United di tangga kelima. United berada di tangga keenam dengan jarak 6 mata dari Chelsea di tangga keempat.

United berpotensi dipintas oleh Spurs, jika skuad bimbingan Jose Mourinho menang dalam aksi selepas ini.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN