Manchester City terpaksa berhempas pulas untuk memastikan kemenangan di Goodison Park berhadapan dengan Everton.
Manchester City menang 1-3 di tempat lawan, berhadapan dengan pasukan yang bermain agak baik.
Gabriel Jesus meletakkan Man City satu gol di hadapan pada minit ke-24. Ianya gol hasil umpanan De Bruyne yang ditanduk terbang oleh Gabriel Jesus.
Namun pada minit ke-31, Calvert-Lewin menyamakan kedudukan. Kredit kepada usaha oleh kapten Seamus Coleman.
Pada separuh masa kedua, Man City memperbaiki rentak permainan mereka. Dan City kembali di hadapan menerusi sepakan percuma penuh muslihat oleh Riyad Mahrez pada minit ke-71.
Ederson dipaksa bekerja keras di gawang City untuk menafikan beberapa ancaman oleh Everton.
Pada minit ke-84, Raheem Sterling memastikan kemenangan milik Man City apabia melakukan jaringan menerusi sentuhan pertama yang cantik. Teknologi garisan gol mengesahkan gol ketiga tersebut.
Kemenangan ini mmastikan Manchester City kembali berada 5 mata di belakang Liverpool yang turut mencipta kemenangan pada sepak mula awal.
200 – Manchester City's victory over Everton earned David Silva his 200th Premier League win in his 289th game in the competition, making him the quickest ever player to reach this total. Merlin. pic.twitter.com/tQIBIfYal3
— OptaJoe (@OptaJoe) September 28, 2019
Everton pula sudah merasai 4 kekalahan pada musim ini. Bukan petanda yang baik untuk Marco Silva yang sudah berbelanja besar dalam beberapa musim kebelakangan ini.
Saksikan rangkuman perlawanan di sini: