Liverpool berjaya bangkit daripada ketinggalan di dalam aksi menentang Aston Villa di Villa Park.
Liverpool ketinggalan pada separuh masa pertama apabila pasukan tuan rumah mendahului menerusi Mahmoud Trezeguet.
Kontroversi kemudian berlaku apabila jaringan Roberto Firmino tidak disahkan oleh VAR.
Premier League dalam kenyataannya berkata gol itu tak dikira kerana ketiak Firmino yang berada pada kedudukan ofsaid.
Liverpool's Roberto Firmino was flagged offside before putting the ball in the net against Aston Villa and the decision was confirmed by VAR
The red line signifies Firmino and was aligned to his armpit, which was marginally ahead of the last Villa defender#AVLLIV pic.twitter.com/a2OnNWnz2E
— Premier League (@premierleague) November 2, 2019
Liverpool berusaha sedaya upaya untuk mencari gol penyamaan. Pasukan tuan rumah turut memiliki beberapa peluang keemasan untuk menambah gol namun mereka tak memanfaatkannya.
Liverpool menguatkan dominasi mereka di separuh masa kedua dengan intensiti yang lebih tinggi.
Alex Oxlade-Chamberlain masuk pada separuh masa kedua dan beliau melakukan 2 rembatan berturut-turut yang dihadang dalam kotak penalti oleh pertahanan Villa.
Liverpool akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-87 menerusi Andy Robertson yang menanduk bola daripada jarak dekat.
Kemenangan dramatik Liverpool dicapai apabila Sadio Mane menjaringkan gol pada masa kecederaan 90+4′. Beberapa saat sahaja yang memisahkannya daripada wisel penamat.
Sadio Mane menyambar sepakan penjuru Trent Alexander-Arnold dengan satu glancing header yang sangat cantik.
Liverpool menang 2-1 di Villa Park. Mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini dan dan juga mengekalkan jarak 6 mata dengan Manchester City.