Highlight EPL: Jimenez Buat Spurs Putih Mata

Raul Jimenez muncul wira untuk Wolverhampton Wanderers apabila pemain itu menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya mengatasi Tottenham Hotspur di gelanggang lawan.

Skuad kendalian Nuno Espirito Santo ketinggalan dua kali sebelum Jimenez bijak mempergunakan hantaran Diogo Jota dengan mengelak seorang pemain pertahanan lawan, sebelum melepaskan rembatan kaki kiri.

Spurs terlebih dahulu berada di hadapan apabola Steven Bergwijn menolak masuk bola pada minit ke-13, sebelum Sege Aurier mengembalikan kelebihan dengan bola lencong yang masuk menerjah jaring.

Pada setiap jaringan oleh Spurs itu, Wolves memberikan tindak balas melalui Matt Doherty dan Jota untuk menyamakan kedudukan.

Dele Alli terlepas peluang keemasan untuk menjadikan kedudukan 3-1 apabila tandukannya tidak menepati sasaran walapun tidak dikawal di dalam kotak penalti.

Kemenangan ini membenarkan Wolves berada di kedudukan ke-6 liga, tiga mata di belakang Chelsea yang menghuni tangga ke-4.

Kedua-dua pasukan berpeluang untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan, tetapi Wolves kini berada di prestasi terbaik untuk berbuat demikain.

Wolves yang turut boleh layak ke pertandingan elit itu melalui Liga Europa menunjukkan kesungguhan mereka apabila bangkit dua kali dari ketinggalan, dan prestasi dua pemain sayap – Jota dan Adama Traore – mencuri tumpuan.

Wolves kini turut berkongsi mata dengan United yang berada di kedudukan ke-liga menjadikan saingan untuk merebut slot ke UCL semakin sengit pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN