Highlight EPL 2019/20: Liverpool Jarakkan Diri 22 Mata Di Puncak Liga

Liverpool meneruskan kecemerlangan mereka pada musim ini. Kali ini Southampton menjadi mangsa terbaru The Reds.

Dalam aksi yang berlangsung di Anfield semalam, Liverpool menang 4-0. Kesemua gol mereka terhasil pada separuh masa kedua.

Southampton memiliki banyak peluang dalam perlawanan ini. Kualiti Danny Ings sangat baik, banyak mencipta peluang gol, namun sayangnya beliau dan Shane Long agak tumpul semalam.

Selain daripada itu, Alisson juga membuktikan kualiti beliau sebagai penjaga gol terbaik dunia ketika ini.

Alex Oxlade Chamberlain memecahkan kebuntuan buat Liverpool sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung.

Pada minit ke-60, kapten Liverpool, Jordan Henderson meletakkan pasukannya dua gol di hadapan. Satu umpanan yang cantik daripada Roberto Firmino.

Jordan Henderson kemudian mencipta gol untuk Mohamed Salah. Pemain kebangsaan Mesir itu dengan tangkas mencucuk bola melepasi Alex McCarthy pada minit ke-71.

Mohamed Salah mencipta 2 peluang gol terbaik kepada rakannya. Namun malangnya Roberto Firmino dan Takumi Minamino gagal menyudahkannya.

Dan pada minit ke-90, Roberto Firmino melakukan assist beliau yang ketiga untuk mencipta peluang kepada Mohamed Salah.

Salah menjaringkan gol dalam keadaan yang agak kelam kabut di hadapan gawang.

Liverpool menang 4-0. Sekaligus menjarakkan diri sejauh 22 mata daripada Manchester City di tangga kedua. City masih belum turun beraksi.

Liverpool setakat ini sudah mengutip 75 mata daripada 25 perlawanan.

Saksikan rangkuman aksi perlawanan di sini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN