Highlight EPL 2019/20: Leicester City 4-0 Aston Villa

Leicester City mudah menewaskan calon penyingkiran Aston Villa dengan jaringan besar 4-0 dalam aksi Premier League awal pagi tadi di King Power Stadium.

Leicester berada di depan pada minit ke-40 hasil jaringan Harvey Barnes. Penjaga gol Aston Villa, Pepe Reina entah mengapa meluru ke depan kotak penaltinya dengan harapan untuk memintas hantaran jauh Marc Albrighton ke Barnes.

Tetapi Barnes jauh lebih bijak. Beliau mengawal bola melepasi Reina – pemain paling tua melakukan kesilapan di Premier League pada musim ini – sebelum menjaringkan gol melepasi kawalan dua pertahanan dari jarak 20 ela.

Kemudian giliran Jamie Vardy, yang masuk menggantikan Kelechi Iheanacho, pula mengganas. Vardy yang gagal menjaringkan gol dalam 9 perlawanan sejak 21 Disember lepas, tiada masalah menggandakan kelebihan The Fox dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-63.

Vardy hanya mempunyai tujuh sentuhan bola sepanjang dimasukkan, tetapi duanya adalah gol. Gol keduanya datang apabila perubaan hantaran lintangnya dihalang dan dapat semula ke kakinya. Penyerang berusia 33 tahun ini mengambil peluang kedua untuk merembat kencang terus melepasi Reina.

Barnes melengkapkan malam gemilang The Fox dengan gol kedua hasil hantaran lintang Albrighton.

Selepas ini Leicester akan berkunjung ke halaman Watford pada hari Sabtu. Aston Villa pula berharap keajaiban akan berlaku dalam aspirasi kekal dalam Premier League menjelang lawatan Chelsea ke halaman mereka pada hari sama.

Leave a Reply