Liverpool meneruskan rentak kemenangan mereka, serta rentak tanpa kalah dalam kempen EPL setakat ini.
Skuad bimbingan Jurgen Klopp meneruskan ‘trademark’ mereka dengan gol lewat perlawanan.
Liverpool tidak bermain dengan baik di Selhurst Park, namun masih tetap membawa pulang 3 mata berharga.
Jurgen Klopp menegaskan beliau tiada masalah untuk menang dengan cara sebegitu.
Sadio Mane menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-49. Ianya selepas beliau menerima hantaran Andy Robertson.liverplvi
Palace memiliki 1 gol yang ditarik balik oleh VAR. Ianya selepas ada tolakan dilakukan Jordan Ayew ke atas Lovren – ketika gol oleh Tomkins. Roy Hodgson bersetuju dengan VAR.
“I don’t think it was a mistake by VAR. Jordan did push Lovren.”
Paul Merson, Duncan Castles and co. may be complaining about VAR for the rest of time, but Hodgson himself admitted the technology got it right at Selhurst. #LFC https://t.co/za1aQ3H7r0
— Leanne Prescott (@_lfcleanne) November 23, 2019
Namun skuad bimbingan Roy Hodgson itu tak berputus asa dan mendapat gol penyamaan menerusi Wilfred Zaha.
Benteke juga hampir tersenarai dalam nama penjaring dengan 1 libasan akrobatik yang menarik.
Namun Liverpool memastikan kemenangan milik mereka dengan gol oleh Roberto Firmino – 5 minit sebelum wisel penamat.
Firmino sebelum itu, memiliki peluang keemasan dalam situasi 1 lawan 1 dengan penjaga gol, namun rembatan jarak dekat beliau ditepis oleh Vicente Guaita.
Kemenangan ini menyaksikan Liverpool sudah 30 perlawanan liga tanpa kalah. Dan Palace meneruskan rekod buruk, tewas dalam 5 pertemuan terakhir dengan Liverpool.
Liverpool kekal dengan kelebihan 8 mata di puncak liga selepas 13 perlawanan.