Highlight Barcelona 3 Man. United 0 (4-0 agg): Messi Mengganas, De Gea Lakukan Kesilapan Ngeri

Barcelona menamatkan perjuangan Manchester United dalam saingan UCL dengan kemenangan 4-0 secara agregat.

Dalam aksi kedua di Nou Camp, 2 gol Lionel Messi dan 1 oleh Coutinho membuatkan United rebah.

Ketiga-tiga gol dijaringkan dari kedudukan luar kotak penalti.

Gol pertama Messi melakukan lencongan rendah ke arah kanan De Gea.

Messi menambah 1 lagi gol pada minit ke-20 selepas percubaan kaki lemah beliau gagal ditampan kemas De Gea. Statistik yang tidak menggembirakan De Gea.

Messi pula terus cemerlang berhadapan dengan pasukan Inggeris dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Dalam kedudukan 2-0 pada awal 20 minit pertama, Man. United perlu mencari 4 gol balas.

Coutinho melengkapkan malam cemerlang Barcelona dengan gol ke-3, menerusi satu gerakan ‘signature’ beliau – cut inside dan melakukan lencongan ke bucu gol.

Saksikan highlight di sini:

Tonton versi ‘extended’ di sini:

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Man. United disingkirkan daripada kalah mati di UCL dengan agregate 4 gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN