Ini merupakan sejarah paling gemilang untuk pasukan Atalanta. Ini apabila mereka mara ke pusingan kalah mati selepas menewaskan Shakhtar Donetsk 3-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan C.
Ini mungkin antara kisah yang bakal terpahat selamanya dalam sejarah UCL. Kebangkitan yang luar biasa dicipta sebuah pasukan kecil di Itali.
Untuk pengetahuan semua pembaca, Atalanta tidak meraih sebarang mata dalam 3 perlawanan pertama mereka di peringkat kumpulan. Ia membuatkan mereka dicanang sebagai pasukan yang bakal tersingkir.
❌ 0-4 @GNKDinamo
❌ 1-2 @FCShakhtar
❌ 1-5 @ManCity
🤝 1-1 @ManCity😳 1 point and bottom of Group C.
✅ 2-0 @GNKDinamo
✅ 3-0 @FCShakhtar⏫ @Atalanta_BC finish 2nd in Group C.
👏 Through to the @ChampionsLeague last 16 in their debut campaign. pic.twitter.com/pFIUbONTri
— SPORF (@Sporf) December 11, 2019
Mereka mendapat mata pertama pada perlawanan keempat.
Dalam aksi awal pagi tadi, kemenangan Atalanta 3-0 ke atas Shaktar dan kemenangan 4-1 Manchester City ke atas Dinamo Zagreb membolehkan Atalanta mara ke pusingan 16 akhir.
Timothy Castagne, Mario Pasalic dan Robin Gosens menjadi hero kepada pasukan dari Itali itu untuk membantu mereka mara buat julung kalinya ke pusingan kalah mati – dalam musim debut mereka di UCL.
Atalanta mara selepas mencipta 2 kemenangan sekali seri dan 3 kekalahan.
Mereka menjadi pasukan pertama dalam sejarah UCL mara ke pusingan kalah mati selepas tewas 3 perlawanan pertama mereka di peringkat kumpulan.
1 – #Atalanta are the first team in Champions League history to progress to the knockout stage having lost the first three round of the group. Exploit. pic.twitter.com/DbstyQVvhg
— OptaPaolo (@OptaPaolo) December 11, 2019
Kejayaan itu pastinya menjadi pemangkin semangat untuk Atalanta selepas ini beraksi berhadapan dengan cabaran lebih getir.
Lebih manis, ini merupakan debut Atalanta di dalam kempen UCL selepas kempen Serie A yang cemerlang pada musim lalu. Jelas sekali mereka memang layak berada dalam senarai 32 pasukan terbaik Eropah musim ini.
https://youtu.be/cLchi3hkfLI