Highlight: Arsenal Diratah Man City Di Emirates

Ramai penyokong Arsenal yang keluar awal dari Emirates, selepas kecewa dengan prestasi hambar pasukan mereka berhadapan dengan juara bertahan, Manchester City.

Arsenal tewas 0-3 di tangan Man City dalam aksi yang sangat hambar dan didominasi oleh pasukan lawan.

Manchester City pastinya berbangga dengan prestasi Kevin De Bruyne yang melakukan 2 gol dan 1 bantuan gol kepada Raheem Sterling dalam perlawanan ini.

Manchester City di hadapan seawal minit kedua menerusi Kevin De Bruyne yang menyambar hantaran rendah Gabriel Jesus.

De Bruyne melakukan separa voli yang tepat ke penjuru gawang Arsenal.

Pada minit ke-15, De Bruyne mencipta gol hampir sama seperti yang dicipta oleh Jesus kepadanya. De Bruyne melakukan hantaran lintang rendah kepada Raheem Sterling yang tidak dikawal.

Pemain kebangsaan England itu mudah melakukan tolakan ke dalam pintu gol.

Dan 5 minit sebelum wisel rehat separuh masa pertama, De Bruyne menambah 1 lagi gol peribadi. Beliau meletakkan Man City 3 gol di hadapan menuju ke bilik persalinan.

De Bruyne melakukan rembatan rendah yang melencong deras mengatasi Bernd Leno.

Manchester City mendapat beberapa peluang gol lagi, tetapi gagal disudahkan. Arsenal pula terpaksa membuat pertukaran awal pada separuh masa kedua dengan mengeluarkan Mesut Ozil.

Pemain itu tidak gembira dengan pertukaran tersebut dan telah bertindak menyepak botol air.

Freddie Ljungberg sudah berjanji akan cuba bersemuka dengan Ozil untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tiada tambahan gol pada separuh masa kedua. Manchester City mengembalikan jarak 14 mata daripada Liverpool.

Arsenal pula berada di tangga ke-9 dalam carta liga selepas 17 perlawanan. Ianya bukan hari yang baik untuk The Gunners.

Ljungberg sekali lagi mendesak agar Arsenal segera melantik pengurus tetap kerana keadaan semasa di pasukan itu sangat sukar untuk pemain dan jurulatih.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN