Alexandre Lacazette menyelamatkan Arsenal daripada kalah dengan gol pada saat akhir masa kecederaan. Namun ia masih tidak cukup bagus untuk Arsenal.
Arsenal terus tertekan selepas gagal mencipta kemenangan dan berterusan keciciran mata.
Danny Ings meletakkan pasukan pelawat di hadapan seawal minit ke-8, berpunca daripada sepakan percuma pantas diambil oleh mereka.
Danny Ings against the 'big six' this term:
Liverpool: ⚽️
Man United: ✖️
Spurs: ⚽️
Chelsea: ⚽️
Man City: ✖️
Arsenal: ⚽️🔥🔥 #SaintsFC #ArsSou pic.twitter.com/KWRRSmO3Ju
— Sport on Sporting Life (@SLSport_) November 23, 2019
Alexandre Lacazette menyamakan kedudukan untuk Arsenal – pada minit ke-18 – selepas menyambar bola kedua di hadapan gol.
Southampton yang sebelum ini dibelasah teruk Leicester 9-0 beraksi lebih baik di beberapa bahagian. Anda bayangkan, Southampton melakukan 21 percubaan ke arah gol berbanding hanya 15 oleh Arasenal.
Arsenal bergelut dengan taktikal mereka di dalam perlawanan ini.
Ward Prowse gagal menyempurnakan penalti pada minit ke-71, selepas tindakan cemerlang Leno. Namun Ward Prowse berjaya melakukan susulan yang kembali meletakkan Southampton di hadapan.
Perlawanan ditambah masa selama 7 minit pada akhir separuh masa kedua.
Arsenal menyamakan kedudukan menerusi Lacazette pada masa kecederaan. Lacazette menerima bola di hujung tiang gol dan melakukan rembatan tepat.
Perlawanan berakhir 2-2. Arsenal kini sudah lima perlawanan tanpa sebarang kemenangan. Kali terakhir mereka menang adalah pada Oktober ketika berhadapan dengan Bournemouth.
Full-time: Arsenal 2-2 Southampton (Lacazette x2 | Ings, Ward-Prowse). #afc pic.twitter.com/MhEg85Lbs5
— afcstuff (@afcstuff) November 23, 2019
Unai Emery menegaskan bahawa beliau bertanggungjawab ke atas keputusan yang dicatatkan pada perlawanan ini.