Highlight: 3 Gol Dalam Tempoh 9 Minit Kembali Beri Arsenal Kemenangan

Baiklah. Sebelum kita ke perlawanan West Ham menentang Arsenal yang berlangsung pada awal pagi tadi, kita lihat satu fakta mengenai The Gunners pada musim ini.

Sebelum perlawanan menentang West Ham pada pagi tadi, Arsenal tidak menang dalam 9 perlawanan di semua pertandingan sebelumnya.

Daripada 14 perlawanan sebelum kunjungan ke Stadium London, Arsenal hanya merekodkan tiga kemenangan – masing-masing dua perlawanan di Liga Perdana Inggeris, dan satu perlawanan Liga Europa (UEL).

Hanya pada 1977 Arsenal tampil tanpa sebarang kemenangan dalam 10 perlawanan berturut-turut.

Episod tanpa menang dan malang berterusan tampak akan berterusan buat Arsenal selepas Angelo Ogbonna memberikan pendahuluan buat West Ham.

Pemain itu yang tidak dikawal meluru menyambar sepakan sudut yang dimenangi pasukannya untuk West Ham mendahului 1-0 di babak pertama perlawanan.

Babak kedua menyaksikan kebangkitan skuad kendalian pengendali interim, Freddie Ljungberg.

Kali ini The Gunners meledak tiga gol di dalam tempoh 9 minit untuk memastikan rekod 1970 tidak disamai pada kali ini.

Pemain berusia 18 tahun, Gabriel Martinelli yang beraksi penuh buat pertama kali dalam perlawanan kompetitif untuk Arsenal menyamakan kedudukan selepas bijak menyambar hantaran lintang Sead Kolasinac.

Enam minit kemudian, pemain termahal di dalam sejara Arsenal yang tiba dari Lille dengan tanda harga £72 juta melakukan satu larian ke dalam kotak penalti, dan melencongkan bola melepasi penjaga gol lawan untuk Arsenal mendahului 2-1.

Minit ke-69, giliran penyerang dari Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang mencetak nama sebagai penjaring apabila menyempurnakan hantaran lintang Pepe, sekaligus memastikan tiga mata yang amat dinantikan sekian lama menjadi milik Arsenal.

Kemenangan tersebut melonjakkan Arsenal ke tangga ke-9, tujuh mata di belakang Chelsea yang berada di kedudukan ke-4.

Ia pasti juga merupakan momen yang janggal apabila pengacara stadium mengumumkan David Luiz dimasukkan tetapi ia sebenarnya adalah Matteo Guendouzi yang dibawa masuk untuk menggantikan Granit Xhaka pada minit ke-86 perlawanan.

Saksikan video highlight penuh perlawanan oleh Stadium Astro:

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN