Heshamudin Ahmad Bintang Pembikinan Baharu Nafuzi Zain Buat Kedah

Kedah Darul Aman (Kedah) tampak hadir dengan sangat positif ketika ini, walaupun ia merupakan kelab yang kembali dirombak bawah kendalian Nafuzi Zain untuk mencabar persaingan Liga Super musim 2023.

Menerusi siri persahabatan termasuk aksi pramusim Kedah di Turkiye lalu, beberapa pemain dilihat mula menyerlah dan menjadi sebutan dalam kalangan penyokong Kedah berikutan corak permainan positif telah ditampilkan mereka.

Salah seorang yang mencuri tumpuan ketika ini ialah pertahanan muda Kedah iaitu Heshamudin Ahmad yang secara tiba-tiba tampil sangat menyerlah bawah kendalian Nafuzi setakat ini dalam beberapa perlawanan.

Sebagai seorang pertahanan kanan, Nafuzi dilihat berjaya menampilkan aksi berkualiti menerusi gerakan-gerakan dibuat serta tampil berdisiplin untuk mengekang gerakan pemain lawan.

Sebenarnya, Heshamudin telah pun diperkenalkan secara rasmi sejak tahun lalu bawah kendalian Aidil Sharin Sahak dan sudah memberikan aksi terbaik termasuk ketika saingan Piala AFC di Bali.

Dan konsistensi beliau jelas terhasil selepas beliau terus mendapat kepercayaan Nafuzi pula untuk membarisi skuad baharu Sang Kenari pada musim ini.

Berdasarkan beberapa aksi ketika ini, Heshamudin jelas mampu memberi nilai tambah baharu buat Nafuzi dalam memperkukuhkan pertahanan serta pada masa sama menyokong posisi serangan.

Ia bukan perkara baharu untuk Nafuzi mencipta Heshamudin menjadi pertahanan berkualiti, selepas apa dilakukannya suatu ketika bersama Terengganu.

Lihat sahaja barisan pertahanan muda berkualiti yang dilahirkan beliau ketika bersama Terengganu dahulu seperti Arif Fadzilah, Hairiey Hakim, Azam Azmi Murad, dan Alif Zakaria menjadi bukti kejayaan Nafuzi.

Melihat kepada situasi ketika ini, selain Heshamudin yang boleh beraksi di posisi kanan dan kiri dengan stabil, pastinya kelebihan itu ingin terus dioptimumkan sepenuhnya oleh Nafuzi pada musim 2023.

Suatu cabaran juga buat Heshamudin yang akan bersaing tempat bersama dua lagi rakan sepasukan beliau iaitu Kamil Akmal serta Wan Amirul Afiq di posisi tersebut.

Daripada empat perlawanan setakat ini di Turkiye, Heshamudin sudah pun diberi peluang tiga kali membarisi kesebelasan utama dan ia menjadi suatu pengalaman berguna buat pemain tersebut ketika berdepan lawan jauh lebih berpengalaman serta mempunyai fizikal besar.

Untuk penyokong Kedah, kehadiran bakat-bakat baharu berpotensi besar pastinya ditagih semula, selepas pasukan tersebut agak sunyi beberapa musim tanpa bintang muda menyerlah buat skuad kebangsaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN