Herrera Dan 41 Lagi Berhadapan Pertuduhan Skandal Mengatur Perlawanan

Perbicaraan melibatkan kes mengatur perlawanan paling besar di Sepanyol sudah pun bermula. Seramai 42 tertuduh dihadapkan ke mahkamah, termasuk bekas pemain Manchester United, Ander Herrera.

Herrera disyaki terlibat dalam skandal mengatur perlawanan pada 2011, melibatkan bekas kelabnya Real Zaragoza and Levante. Jika didapati bersalah, Ander Hererra boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 4 tahun.

Ia juga meletakkan karier Herrera dalam risiko lebih besar, apabila berhadapan tindakan daripada FIFA – jika beliau didapati bersalah.

Ander Herrera enggan memberikan sebarang komen kepada wartawan sebaik sahaja tiba di mahkamah di Valencia, bagi memulakan prosiding yang dijangka akan berlanjutan sehingga 30 September ini.

Real Zaragoza menang 2-1 ke atas Levante – perlawanan terakhir musim tersebut – yang berlangsung pada 21 Mei 2011. Kemenangan itu membolehkan Zaragoza kekal dalam Liga untuk musim berikutnya.

Satu siasatan dijalankan oleh badan Anti Rasuah Sepanyol, yang mengesyaki beberapa pemain dan jurulatih menerima sejumlah wang.

Pemain tengah, Gabi Fernandez, yang kini bermain di Qatar, menjaringkan kedua-dua gol penting dalam perawanan itu. Beliau antara yang turut dihadapkan ke mahkamah bersama-sama Herrera.

Pengurus Real Zaragoza ketika itu, Javier Aguirre, juga dikenakan pertuduhan. Aguire dipecat oleh FA Jepun pada 2015, kerana nama beliau terkait dengan skandal ini.

Pendakwaraya mengesyaki Real Zaragoza mendepositkan wang sebanyak €965,000 kepada para pemain dan jurulatih Zaragoza. Wang itu boleh digunakan mereka untuk merasuah pemain-pemain Levante untuk kalah perlawanan tersebut.

https://twitter.com/mygibet/status/1169187554144468992

Kes ini sudah lama, dan ditutup pada 2017. Namun ianya dibuka semula, selepas rayuan daripada pihak pendakwaraya.

Kesan daripada kemenangan Zaragoza ketika itu membuatkan Deportivo La Coruna tersingkir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN