Hero KL City FC, Kevin Mendoza Pernah Berada Di Dalam Radar Liverpool FC

Mungkin ada yang belum tahu kalau Kevin Ray Mendoza Hansen sebenarnya pernah hampir dilamar untuk menjadi penjaga gol Liverpool pada tahun 2013 yang lalu.

Liverpool pada ketika itu sedang dalam usaha mereka untuk mencari pengganti kepada Pepe Reina, dan Kevin Ray Mendoza merupakan antara nama yang disenaraikan sebagai calon pengganti.

Ia jelas sekali agak mengejutkan untuk melihat Kuala Lumpur City FC sebenarnya memiliki seorang penjaga gol yang pernah menjadi prospek masa hadapan dunia bola sepak.

Kevin Ray Mendoza pernah menjadi topik perbualan hangat para peminat di Anfield yang teruja untuk melihat kehebatan beliau selepas dicanang sebagai calon pengganti Reina.

Hero KL City FC itu dipanggil untuk melakukan trial ketika beliau masih berusia 19 tahun untuk dinilai oleh scouting Liverpool.

Beliau pada ketika itu baru berusia 19 tahun dan sedang beraksi bersama kelab division pertama saingan liga bola sepak Denmark, Viborg FF.

Aksi hebat yang beliau persembahkan berjaya memukau barisan pencari bakat Liverpool yang pada ketika itu sangat berminat untuk memanggil beliau ke Anfield.

Lebih hebat lagi, Ray Mendoza pada ketika itu sebenarnya baru tiga kali sahaja membuat kemunculan bersama skuad utama Viborg FF dan beliau sudah berjaya menarik minat kelab gergasi Eropah untuk mendapatkan khidmatnya.

Walaupun baru dipanggil untuk trial, namun harus diakui yang bukan satu hal mudah untuk seseorang pemain dipanggil oleh kelab sebesar Liverpool untuk trial.

Ia menunjukkan yang pemain itu mempunyai bakat yang luar biasa dan kerana itulah kelab seperti Liverpool sangat berminat untuk melihat lebih dekat aksi beliau dan mendapatkan khidmatnya.

The Reds pada ketika itu sedang benar-benar dalam usaha mereka untuk mencari penjaga gol baharu dek kerana penjaga gol utama berpotensi untuk meninggalkan kelab.

Pepe Reina pada ketika itu sedang diintai oleh beberapa kelab gergasi di benua Eropah dan kerana itu jugalah barisan pencari bakat Liverpool gigih mencari bakat-bakat hebat untuk ditandatangani.

Lebih parah lagi untuk Liverpool pada ketika itu, penjaga gol kedua kelab, Brad Jones telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat membimbangkan dan pihak kelab tidak mahu ambil risiko menjadikan beliau sebagai penjaga gol utama.

Jelas sekali kehilangan Pepe Reina akan memberi impak yang sangat besar untuk kelab, dan Liverpool segera mencari pemain-pemain muda untuk menjalani sesi pemilihan.

Pihak scouting kelab pada ketika itu positif yang Kevin Ray Mendoza merupakan calon paling tepat untuk mereka dapatkan dan mereka hanya menunggu sahaja pemain berdarah kacukan Denmark dan Filipina itu untuk datang.

Pengurus Liverpool pada ketika itu, Brendan Rodgers sendiri turut menyatakan minat untuk melihat aksi Kevin Ray Mendoza.

Menurut laporan dari Viborg, Mendoza sendiri pada ketika itu sangat teruja untuk menjalani sesi pemilihan dengan beliau menyatakan:

“Ia sangat hebat. Saya mahu mencuba nasib. Ia akan jadi satu pengalaman yang menakjubkan.”

Sesi trial yang disertai oleh Kevin Ray Mendoza sepertinya tidak berpihak kepadanya dengan beliau tidak dipilih untuk sertai Liverpool.

Beliau kemudiannya menyambung kariernya beraksi dalam kancah saingan bola sepak Denmark selama beberapa musim, sebelum ditandatangani secara tetap oleh KL City FC.

Pengalaman dapat berlatih dan menjalani trial untuk kelab gergasi dalam dunia bola sepak sudah tentu akan menjadi antara kenangan terindah untuk Kevin Ray Mendoza.

Bersama Kuala Lumpur, beliau berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sangat menakjubkan dan turut cemerlang membantu kelab untuk menjuarai saingan TM Piala Malaysia.

Aksi hebat dan mantap yang beliau persembahkan ketika perlawanan akhir bertemu Johor Darul Ta’zim kemarin mendapat perhatian dari para peminat seluruh negara.

Walau beliau tidak dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan itu, namun tiada siapa yang mampu untuk menafikan yang Kevin Mendoza penyelamat sebenar KL City FC.

Banyak percubaan bahaya dari jentera serangan JDT yang berjaya beliau nafikan, seterusnya memastikan gawang gol beliau tidak dibolosi dalam perlawanan itu.

Nama beliau trending di semua platform media sosial selepas tamat perlawanan itu atas aksi hebat yang beliau persembahkan, dan mungkin juga tular kerana wajah tampan yang beliau miliki telah berjaya mencuri hati gadis-gadis tempatan.

Sumber:

Leave a Reply