“Hero Balik Kampung” – Barcelona Ikat Xavi Sehingga 2024

Xavi Hernandez Barcelona

Kelab La Liga, Barcelona kini telah pun mengumumkan kepulangan semula wira mereka iaitu Xavi Hernandez sebagai pengurus.

Semalam, pihak Al Sadd telah merestui pemergian Xavi yang ingin membantu semula kelabnya yang berada dalam kesukaran.

Al Sadd Restui Pemergian Xavi Untuk Sertai Barcelona

Ikat kontrak 3 tahun

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Barcelona, kelab tersebut dan Xavi telah pun bersetuju untuk mendapatkan beliau dengan kontrak selama tiga tahun.

Xavi akan diberikan mandat untuk menguruskan pasukan untuk baki saingan musim ini termasuk dua musim penuh yang mendatang.

“Barcelona dan Xavi telah mencapai persetujuan untuk menjadi jurulatih pasukan utama untuk baki musim ini dan dua musim ini.”

Xavi dijangka sampai di Sepanyol pada hujung minggu ini dengan majlis memperkenal beliau sebagai pengendali kelab yang baharu akan diadakan pada masa terdekat.

“Xavi dijangka akan tiba di Barcelona pada hujung minggu ini dan ketika 8 November (Isnin) beliau akan diperkenalkan sebagai ketua jurulatih baharu yang diadakan dalam acara terbuka untuk orang awam di Nou Camp.”

“Selepas acara itu, Xavi akan menghadiri sidang media di bilik media Ricard Maxenchs.”

Kepulangan Xavi dilihat ibarat sirih pulang ke gagang selepas beliau yang dianggap legenda kelab, bakal kembali untuk menyelamatkan pasukan.

Tugas berat menanti Xavi dalam usahanya untuk membawa Barcelona pulang semula ke puncak bola sepak.

Dengan beliau dilihat sebagai pemain yang cukup pakar dalam taktikal tiki-taka semasa bermain, penyokong jelas berharap Xavi dapat mengembalikan semula DNA Barcelona yang hilang.

Xavi dijangka tidak akan mengendalikan pasukan ketika lawatan Barcelona ke Celta Vigo pada hari ini.

Sumber:

Leave a Reply