Panama merupakan satu pasukan yang dianggap kerdil dalam Piala Dunia 2018.
Hadir ke Piala Dunia buat kali pertama, jalan mereka begitu sukar di peringkat kumpulan apabila dipertemukan oleh Belgium dan juga England dalam 2 perlawanan pertama peringkat kumpulan mereka.
Panama ditewaskan 3-0 oleh Belgium dan kemudiannya dibelasah England 6-1.
Dalam aksi menentang England, Panama telah ketinggalan sejauh 5-0 pada separuh masa pertama oleh juara dunia 1966 itu.
Jurulatih Panama, Hernan Gomez telah mengambil keputusan untuk mengucapkan tahniah kepada Gareth Southgate diatas persembahan cemerlang para pemain England.
“England bermain dengan cukup hebat, mereka adalah pasukan yang indah.”
“Saya pergi ke Gareth Southgate dan mengucapkan tahniah kepada beliau semasa rehat separuh masa. Saya cukup sukakan pasukan beliau.”
Panama coach Hernan Gomez: "England are totally spectacular, a beautiful team. I went to congratulate him (Southgate) at half-time, I told him I really like his team." Acknowledged that both Kane penalties came from clear fouls by his Panama side. #ENGPAN #eng
— Henry Winter (@henrywinter) June 24, 2018
Walaupun hanya menjaringkan 1 gol dan memboloskan 9 gol dalam 2 perlawanan, Gomez tetap positif dengan masa depan bola sepak Panama.
Beliau berharap dengan kemunculan Panama di Piala Dunia akan membuka pintu kepada kebangkitan negara tersebut dalam bola sepak.
“Kami perlu melakukan perubahan besar dalam segala aspek dalam pasukan ini.”
“Begitu juga dari sudut infrastruktur, fasiliti, liga di Panama sendiri. Banyak perkara yang pasukan Eropah miliki di sini. Kami kekurangan segalanya.”
“Kami melakukan kemajuan, tetapi kami perlu bangkit dengan lebih lagi.”
“Kami ibarat bayi yang lahir sebelum masanya, tetapi kami tetap kecapi apa yang kami telah lakukan.”
Panama akan menamatkan kempen Piala Dunia 2018 mereka dengan menentang Tunisia.