“Here We Go!!!” – 3 Perpindahan Pemain Fabrizio Romano Sendiri Terkejut Apabila Berlaku

Fabrizio Romano adalah antara wartawan terkenal di dalam dunia bola sepak.

Malah beliau adalah figura yang dwajib diikuti oleh mana-mana peminat bola sepak di seluruh dunia untuk mendapatkan informasi terkini berita perpindahan.

Disebabkan itu, terma “Here We Go” begitu sinonim dengan Fabrizio Romano. Ia adalah simbolik kepada perpindahan pemain yang akan menyusul setiap kali wartawan berasal dari Itali ini melakukan ciapan.

Walaupun dikenali sebagai antara wartawan yang memiliki kredibiliti tinggi dalam menyampaikan perkhabaran perpindahan pemain, Fabrizio Romano mengakui terdapat beberapa perpindahan yang telah berlaku turut mengejutkan dirinya.

Malah Fabrizio mengakui dirinya sendiri turut pernah menafikan dan tidak percaya perpindahan tersebut akan direalisasikan.

Berikut adalah perpindahan pemain yang dimaksudkan oleh Fabrizio, dikongsikan melalui sebuah artikel. Kami terjemahkan perkongsian Fabrizio Romano melalui artikel ini.

Eduardo Camavinga (Reenes ke Real Madrid)

Salah satu perpindahan yang paling mengejutkan saya adalah perpindahan Eduardo Camavinga ke Real Madrid.

Banyak kelab mahukan pemain ini. Manchester United telah menghubungi ejen Camavinga. Begitu juga dengan Paris Saint Germain (PSG).

Tetapi saya masih ingat bagaimana panggil telefon pada 48 jam terakhir (jendela perpindahan) musim panas 2021: “Real Madrid semakin hampir mendapatkan Camavinga dan akan menandatangani pemain itu segera.”

Camavinga sebenarnya boleh meninggalkan Rennes sebagai ejen bebas pada musim panas berikutnya, tetapi mengubah fikiran berbuat demikian kerana menghormati Rennes.

Beliau masih mahu membantu kelab di mana bakatnya sejak remaja dibangunkan dan kelab menerima bayaran. Ia berkaitan faktor kemanusiaan yang mengubah hala tuju rundingan [pada saat akhir].

Lionel Messi (Barcelona ke PSG)

Perpindahan Leo Messi ke PSG adalah antara perpindahan paling mengejutkan dunia bola sepak sejak beberapa tahun yang lalu.

Barcelona sudah menyediakan pengumuman rasmi untuk menyambung kontrak selama lima tahun: semuanya hanya menanti masa.

Kemudian tiba maklumat yang dibocorkan daripada kelab bahawa [Messi] tidakd dapat dikekalkan disebabkan peraturan kewangan La Liga.

Akibatnya, situasi di antara Messi dan Barcelona terus ranap hanya dalam beberapa jam.

PSG begitu pantas melakukan kerja pada jam-jam berikutnya untuk menghubungi Messi, peguamnya, dan ayahnya Jorge. Ia adalah perubahan mendadak yang paling tidak disangka.

Bruno Fernandes (Sporting Lisbon ke Manchester United)

Perpindahan yang saya tidak akan lupakan adalah apabila Bruno Fernandes menyertai Manchester United.

Seluruh musim panas saya menafikan Bruno akan ke Man United, walaupun terdapat banyak khabar angin. Tetapi apabila saya mengumumkan persetujuan telah dicapai pada jendela perpindahan Januari, penyokong menjadi begitu teruja.

Butiran penting menjadikan pengumuman tersebut lebih menarik: foto Bruno Fernandes dan ejennya menaiki pesawat untuk terbang ke Manchester dan menandatangani kontrak.

Fakta menarik: pada satu masa Manchester City juga mahukan pemain tengah Portugis itu. Tetapi Manchester United sudah terlebih dahulu memastikan rundingan berada di dalam kawalan.

Semua apa yang berlaku termasuk foto pertama Bruni di Manchester amat bersejarah bagi saya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN