Hentikan Dakyah #OleOut Hanya Kerana Terlepas Carabao Cup

Hentikan dakyah #OleOut hanya kerana terlepas Carabao Cup selepas kekalahan di tangan West Ham United awal pagi tadi.

Itulah apa yang perlu dilakukan oleh para penyokong Manchester United yang terlalu beremosi selepas tersingkirnya mereka dari saingan Carabao Cup.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh penyampai talkSPORT, Alan Brazil dan Ray Parlour yang meminta agar penyokong beri ruang kepada kelab untuk beri tumpuan pada Piala yang lebih besar.

Para penyokong Red Devils terkesan dengan penyingkiran skuad mereka dari saingan Carabao Cup, kerana mereka merasakan Piala tersebut merupakan sasaran untuk kelab mengakhiri kemarau empat tahun tanpa kejuaraan.

United sekali lagi bertemu West Ham selepas kedua-dua pasukan sebelum ini bertemu dalam saingan Premier League.

West Ham berjaya membalas dendam mereka yang tewas kepada Man Utd minggu lalu, untuk menang dalam perlawanan pada hari ini.

Lebih manis lagi, kemenangan itu juga membantu mereka menyingkirkan United dari saingan League Cup, di hadapan para penyokong Red Devils di Old Trafford.

Manuel Lanzini berjaya menjadi satu-satunya pemain yang menjaringkan gol dalam perlawanan ini, dengan anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer gagal untuk mencari jaringan penyamaan.

https://twitter.com/AIphaNation/status/1440777655821893633?s=19

https://twitter.com/SantiLUHG_v2/status/1440778491331448832?s=19

Kekalahan ini juga menyebabkan ramai peminat yang sebelum ini meragui Ole, terus mempertikaikan tentang kemampuan pengurus dari Norway itu untuk terus menguruskan kelab.

Walau bagaimanapun, penyampai talkSPORT Breakfast dan bekas penyerang United yang sempat membuat 31 penampilan bersama kelab pada tahun 1984, percaya yang bekas kelabnya itu ada sasaran lebih besar untuk dikejar berbanding League Cup.

Beliau turut berusaha untuk menenangkan segelintir penyokong yang semakin berani menyebar dakyah #OleOut di media sosial pada ketika ini.

“Dia buat 11 pertukaran.”

Jelas Brazil menjelaskan tentang perubahan skuad United ketika bertemu West Ham awal pagi tadi.

Manchester United dalam perlawanan ini tidak menurunkan dua nama besar mereka yang ditandatangani pada musim panas baru-baru ini, Cristiano Ronaldo dan Raphael Varane.

“Dia perlu berikan pemain dia minit permainan, dan pada masa sama dia juga perlu jaga kariernya sendiri.”

“Tapi dia juga perlu lihat dan fikirkan tentang penyokong yang dahagakan kejuaraan.”

“Saya tak katakan yang League Cup merupakan Piala terbesar, betul bukan? Dengan penuh rasa hormat, jika kamu letakkan itu sebagai sasaran untuk dapat sekali dengan Champions League dan Premier League, ia satu hal yang mustahil.”

“Melainkan kalau mahu sasarkan Piala FA bersama dengan League Cup.”

Ketika ditanya adakah Solskjaer perlu memenangi sesuatu pada musim ini, Brazil kemudian menyatakan:

“Jika mereka mara jauh dalam saingan Champions League musim ini, dan dipisahkan dengan jurang mata yang sikit dengan Juara Premier League, saya rasa tak.”

“Jika mereka layak ke Champions League dan mara ke separuh akhir, maka jawapannya tidak. Tapi perjalanan mereka masih jauh lagi.”

Selepas tamat perlawanan tersebut, hashtags OleOut trending di laman twitter dengan para penyokong Red Devils di media sosial menganggap Ole perosak bersiri dan turut meminta agar pihak kelab melantik Zinedine Zidane dan Antonio Conte untuk mengendalikan United.

Ray Parlour kemudiannya turut mempertahankan kenyataan dari rakan penyampainya itu, dan percaya yang United kini sedang memerhatikan kejuaraan yang lebih besar.

Beliau percaya tentang hal tersebut selepas mempertimbangkan bagaimana United melalui jendela perpindahan musim panas ini.

“Saya fikir mereka mencari kejuaraan yang lebih besar.”

Jelas legenda Arsenal itu.

“Saya tahu mereka berdepan dengan keputusan yang buruk ketika aksi awal dalam saingan Champions League, tapi saya masih percaya yang mereka akan mara lebih jauh.”

“Mereka juga berusaha untuk mencabar kejuaraan liga. Mereka menandatangani Raphael Varane, Ronaldo, Sancho. Tiga penandatanganan besar dan tentunya mereka mencari sesuatu yang besar.”

Walaupun dua penyampai talkSPORT itu mempunyai pandangan positif berkait kekalahan United di tangan West Ham hari ini, namun ramainya juga yang mempunyai sudut pandangan berbeza.

Para peminat sebenarnya kecewa melihat kelab mereka tewas walau sudah menurunkan barisan pemain yang dianggap berkelas dunia untuk bertemu West Ham.

Pasukan lawan sendiri turut menurunkan skuad kedua mereka dalam perlawanan ini, dan kerana itulah dakyah #OleOut meriah di media sosial selepas tersingkirnya United dari saingan Carabao Cup.

Walau bagaimanapun, jika benar Ole mahu menumpukan kepada kejuaraan yang lebih besar, maka beliau seharusnya berusaha untuk menyempurnakan misinya itu, dan jika gagal, masa depan beliau bakal turut dipertaruhkan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN